Sambut ‘birthday’ suami, gel4gat ‘sweet’ Uqasha Senrose dengan Kamal Adli buat ramai tak keruan

Pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada November tahun lepas telah selamat mendirikan rumah tangga mereka selepas ramai berteka-teki mengenai status perkahwinan mereka.

Perkara itu mengundang peminat bertambah suka mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terbabit dan kelihatannya di media sosial, pasangan ini sentiasa meluangkan masa bersama.

Untuk makluman, semalam merupakan hari ulang tahun Kamal Adli yang ke-36 tahun. Justeru itu, menerusi laman Instagram, isterinya iaitu Uqasha Senrose menitipkan ucapan buat suami tercinta.

Selamat ulang tahun suami ku @kamaladli yang tercinta tersayang , insyallah akan jadi cinta abadi ku dan yang terakhir . saya doakan abang sentiasa sihat sentiasa bahagia dengan saya heehe dan keluarga tercinta , Ya Allah kau buka la pintu rezeki seluas-luasnya buat suami ku , panjang kan umur nya .

“Dan yang paling penting sentiasa ingat Allah dan cinta kan saya sorang je tau ! heheh Semoga segala doa-doa abang , Allah akan makbul kan . And again HAPPY BIRTHDAY MY LOVE,” tulis Uqasha di ruangan kapsyen.

Sambutan hari lahir Kamal Adli juga dirakam dan dimuat naik menerusi akaun Tiktok kamalxuqashafanclub. Menerusi video tersebut, dapat dilihat  Kamal dan Uqasha berada di hadapan satu kek, di satu majlis yang difahamkan dibuat secara sederhana dan tertutup.

Video:

@kamalxuqashafanclub Husband and Wife sama-sama sweet loving❤️ #uqashasenrose #kamaladli #kamalxuqasha #fyp #fypシ ♬ Tetap Disini – Tri Suaka

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 550.1k tontonan, 30k tanda suka dan pelbagai komen dari yang netizen yang rata-rata ‘cair’ dengan gelagat manja pasangan ini. Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat Kamal Adli.

Komen netizen:

 

Sumber: instagram kamalxuqashafanclub, ig uqashasenrose2

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*