Instafamous Sarah Mustafa Hanya Mampu Hidangkan Ikan Bilis Masak Kicap Dan Telur Mata Untuk Sahur Pertama Bersama Suami

PASANGAN yang baru bergelar suami isteri pastinya teruja menyambut Ramadan bersama dengan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Bagi si isteri, inilah kali pertama dia perlu bangun awal untuk memasak juadah sahur manakala sang suami pula pertama kali menjadi imam solat tarawih di rumah buat bidadari syurganya.

Lebih bahagia apabila setiap ‘kesvlitan’ yang dihadapi dilalui bersama-sama sekali gus mengukuhkan ikatan perkahwinan yang dibina.

Ketika dihubungi mStar, selebriti media sosial Siti Sarah Mustafa berkongsi kenangan manis selepas bergelar isteri kepada Ahmad Tarmizi Zainudin Ariff, 24, kira-kira tiga bulan lalu.

Mana tidaknya, Ramadan yang disambut pada tahun ini bukan sahaja berbeza seperti dua tahun sebelumnya, dia juga perlu melunaskan setiap perkara yang pernah dilakukan ibunya dahulu termasuk bangun awal pagi untuk memasak sahur.

Sarah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2021.

Sarah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2021.

Katanya, keadaan serba baharu itu menjadikan suasana Ramadan yang diraikan sedikit mengujakan.

Justeru, kata-kata ‘nak pik4t suami, pikat perut dia dulu’ digengg4m rapi demi mencipta kebahagiaan bersama suami.

“Teruja sampai speechless! Saya juga rasa seb4k sebenarnya, yelah sebelum ini boleh dikatakan sahur dan juadah berbuka dimasak oleh ibu sepenuhnya.

Hidangan pertama yang dimasak untuk suami tercinta.

Hidangan pertama yang dimasak untuk suami tercinta.

“Tapi sekarang dah berbeza, saya sendiri yang harus sediakan hidangan untuk suami terutamanya sahur,” ceritanya riang.

Ujarnya, hidangan sahur pertama yang dimasak untuk suaminya adalah ikan bilis masak kicap dan telur mata.

“Dia memang minta menu tu sebab makanan kegemarannya sejak dulu. Kalau masakan pertama selepas bergelar isteri pula adalah sup ayam… semuanya simple tapi menepati citarasa suami,” katanya.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, perasaan menyambut Ramadan juga berbeza dengan sebelumnya kerana menjadi seorang isteri bukanlah mudah seperti yang disangka.

Malah dia mengakui perasaannya sedikit berdeb4r apabila bulan puasa semakin menghampiri.

Ramadan tahun ini lebih bermakna bersama suami tercinta.

Ramadan tahun ini lebih bermakna bersama suami tercinta.

Lebih-lebih lagi dia sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pada masa sama perlu menguruskan bisnes serta kerjaya sebagai model.

“Serba sedikit nervous juga! Saya masih belajar, seorang model yang turut mempunyai bisnes sendiri dan kini sudah bergelar isteri.

“Tipv kalau cakap tak str3s sebab nak catch-up semua benda tapi pada masa sama nak enjoy. Sebenarnya, kesibukan menjadikan saya lebih produktif berbanding tidak buat apa-apa dan nak habiskan belajar adalah tanggungjawab untuk membanggakan ibu bapa.

Sekarang dah berbeza, saya sendiri yang harus sediakan hidangan untuk suami terutamanya sahur.

SARAH MUSTAFA

“Manakala kerjaya sebagai model dan bisnes adalah minat, jadinya penat macam mana pun tetap akan rasa seronok,” ujar anak keempat daripada lima beradik ini.

Dalam pada itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami minatnya sekali gus menjadikan pengalamannya sebagai seorang isteri lebih mudah dan gembira.

“Dia tidak menek4nkan soal memasak sebab segalanya di hujung jari untuk belajar malah tidak ‘p4ksa’ saya untuk kelihatan sempurna dalam hal rumah tangga… cukup hanya buat yang terbaik dan termampu. Dia juga banyak membantu saya buat kerja rumah.

“Tetapi itu tidak membuatkan saya terus berada di zon selesa, semestinya saya akan cuba untuk jadi isteri yang lebih baik supaya boleh berikan ‘lebih’ untuk suami.

Walaupun bergelar isteri, Sarah berjaya mengimbangi tugasnya sebagai pelajar dan kerjayanya.

Walaupun bergelar isteri, Sarah berjaya mengimbangi tugasnya sebagai pelajar dan kerjayanya.

“Mempunyai suami yang supportive memainkan peranan yang penting,” luahnya yang percaya setiap yang diperoleh adalah rezeki dan pinjaman daripada Allah.

Bercerita lanjut tentang kehidupan sehariannya, ujar gadis kecil molek ini, dia sedaya upaya memastikan kerjayanya tidak mengganggu masa belajar.

Selain itu, ujarnya, jika melakukan banyak perkara dalam satu masa, seseorang itu perlu mempunyai pendirian yang tetap dan mengetahui perkara utama yang perlu dilakukan.

“Nak cakap berjaya bahagikan masa sebaiknya tidak juga tapi sebetulnya saya akan cuba pastikan kerja tidak menggangu masa belajar. Kalau ada photoshoot, saya akan nyatakan pada client waktu yang available.

“Yang penting, kena ada pendirian tetap dan tahu apa yang harus diutamakan,” ujarnya merendah diri.

Dia juga bersyukur kerana mempunyai pelanggan yang sangat baik dan memahami dirinya selaku seorang pelajar dan isteri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*