”KWSP 10K Semua Aku Serah Pada Mama.” Cara Lelaki Ini Buat Netizen Kagum.

Semalam 18/4 adalah tarikh pengeluaran KWSP di salurkan kepada pemohon secara berperingkat.

Ada segelintir pencarum telah menerima pengeluaran KWSP sebanyak RM10K. Sudah tentu pelbagai perancangan kewangan yang dilakukan oleh pencaruman untuk menfaatkan pengeluaran kali terakhir itu.

Bagi saudara Amran X Aminudin, pengeluaran itu digunakan untuk memberikan kepada ibunya. Bukan beberapa ribu tetapi semuanya!

Katanya, bimbang ‘tak sempat’ merasa duit itu ketika pencen menyebabkan ia memberikan k3semuanya kepada ibunya.

KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku .

Mama ku sed1h. Dia cakap kenapa dikasi keluar nak , kenapa tidak simpan jak nak didalam KWSP .

Aku jawab , tak apa lah mak , Kalau mau tunggu aku pencen pun ndak tau siapa antara kita antara mak @ aku yang jalan dulu 

Aku tau mak , mama tua sudahh . Tuaa sangat sangat . Aku tahu mama banyakkkk s4kitt banyakkk sangat sangatt . Dari ubat ubatan mama pun aku tauu mama tahannn jaa dengan s4kit mama . Aku takuttt mak ndak dapat bahagiakan mama . Sebab tu aku masih rasa ndak puass berbaktii sama mama 

Aku masih boleh bekerja mak , Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umur ku .

Mamak rasalah sikit hasil titik peluhku selama mamak besarkan aku ni 😘. Apalah sangat nilai 10K ni dengan pengorb4nan mama lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh didikan yang baik sampai aku boleh bekerja cari duit .

Anak mama ni masih bujang lagi . Kalau anak mama ni sudah kawin mungkin masa tu anak mama ni susah suda mau berlaku adil .

Mama doakan ja aku supaya rezeki ku diperbesarkan lagi supaya aku bole bekongsi rezeki sama keluarga dan org lain yah .

Sayang mama Dunia Akhirat 

Meninjau di ruangan komen,  ramai memuji cara anak bongsu kepada wanita itu menunjukkan kasih sayangnya.

 

Sumber: FB Amran X Aminudin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*