Netizen Terhibur Lihat Cara PU Syed ‘Pr4nk’ Sc4mmer, Sampai Kena ‘Bl0ck’

Sc4ammer sem4kin giat beroperasi mencari mangsa seterusnya untuk kesenangan diri dengan cara pintas, kali ini giliran pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menjadi sasaran sc4mmer.

Pendakwah ‘Pr4nk’ Sc4mmer Guna Resit Bank

PU Syed memuatnaik tangkap layar mesej perbualannya bersama scammer, pendakwah bebas yang mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali menyangkakan nombor yang tertera pada mesej tersebut adalah rakannya berdasarkan gambar profil yang terpampang di WhatsApp.

Namun setelah berinteraksi dan berbual di dalam mesej tersebut, membuatkan pendakwah ini pasti individu tersebut bukan rakannya tetapi scammer.

Untuk mengenakan semula scammer tersebut, PU Syed guna cara paling ringkas dengan menghantar foto resit bank dengan tulisan tangan sebagai bukti sudah membuat transaksi wang ke dalam akaun scammer tersebut.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Ya pres. Tukaq nombor ka.” – Tanya PU Syed

“Ya Syed. Sibuk tak?” – Jawab sc4mmer

“Awat.” Tanya PU Syed

“Ada nak minta tolong dekat hang ni.” Jawab sc4mmer

“Apa tu. Boleh saja ustaz. Ambe di luar ni.” Jawab PU Syed

“Urgent sangat.” Jawab sc4mmer

“Boleh.” Jawab PU Syed

“600520020101019 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL. ALLIANCE BANK.” Mesej sc4mmer

“Ok ustaz.” Jawab PU Syed

“In sha Allah malam ni bayar balik Syed.” Mesej sc4mmer

“Ni akaun siapa ni ustaz.” Tanya PU Syed

“Maaf menyus4hkan Syed.” Mesej sc4mmer

“Ustaz Abdul Rahman tu ke.” Tanya PU Syed

“Ya, hari tu ada guna duit dia. Tolong ya Syed.” Mesej sc4mmer

“Baik-baik nanti kirim salam dekat dia ustaz ya. s3kejap.. Ambe parking kereta kejap.. Tengah memandu..” Jawab PU Syed

“In sha allah Syed. Allahu Syed. Maaf menyus4hkan” Mesej sc4mmer

“Kejap ustaz.” Jawab PU Syed

“Ya Syed.” Mesej sc4mmer

“Ramai lah pula orang di bank ni.. Bagi masa kejap ya. Maybank silibin. Ok comfirm ya.” Mesej PU Syed

“Ya syed.” Mesej sc4mmer

“Kejap.. Seorang lagi depan ambe ni.” Jawab PU Syed

“Baik Syed. Terima kasih sangat-sangat Syed.” Mesej sc4mmer

“Tak ada masalah ustaz.. Kali ni ambe tolong. (Gambar resit tulisan tangan)” Mesej PU Syed.

Minta Orang Ramai Simpan Nombor Sc4mmer

Setelah memuatnaik tangkap layar perbualan mesej tersebut, pendakwah ini berpesan kepada orang ramai agar menyimpan nombor telefon sc4mmer yang terdapat pada mesej perbualan tersebut untuk mengelakkan dari menjadi mangsa sindiket wang seterusnya.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Haha.. Mu agak-agaklah nak t1pu pun..

Sc4mmer ni..

Ingat nombor ni ya!!

Simpan siap-siap!!

Biasanya depa akan guna banyak kali nombor ini untuk t1pu orang lain pula!!

Mu nak kenc1ng orang lain boleh…. Dengan ambe boleh pekdoh… Lah..” Luah PU Syed

Netizen Terhibur Lihat PU Syed Sc4m Semula Sc4mmer

Melihat perkongsian pendakwah terkenal ini, membuatkan orang ramai terhibur dengan cara PU Syed mengenakan semula scammer tersebut.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Baru dia tahu.’

“Silap-silap dia tengok post ni.”

“Haha berat 66 sungguh.”

“Hahahaha.”

“Hihihihi… Baru dia tahu kita lagi bijak.”

“Apa dia balas tu ustaz bila dah bagi resit tu?” Komen warganet

Melihat ada yang bertanya apa yang berlaku setelah pendakwah ini menghantar gambar resit tersebut, PU Syed mengatakan sc4mmer tersebut block nombor telefonnya.

“@sitinorazurarosli dia bloack terus.” Jawab PU Syed

Kan dah kena, silap orang dia nak tipu. Orang ramai harus berhati-hati apabila dapat mesej dari nombor yang tidak dikenali dan jangan sewenang-wenangnya percaya dengan mesej yang dihantar, selidik dahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*