Ramai Memuji Tindakan Imam Betulkan Tudung Hannah Delisha,-“Find Your Husband Like Imam”

Suami pelakon Hannah Delisha iaitu Imam Shah menjadi perhatian netizen.

Ini kerana satu video pendek yang tul4r di laman sosial Tik Tok merakamkan gelagat Imam membetulkan tudung yang dipakai oleh Hannah.

Tudung tersebut dibetulkan Imam supaya tidak menampakkan anak rambut Hannah dan juga lebih kemas.

Video yang dikongsi oleh akaun @Hannahdelishas_loverss itu mendapat pujian netizen.

“Dia merupakan seorang suami yang baik untuk Hannah,” tulis kapsyen video tersebut.

Rata-ratanya memuji pasangan ini kerana tidak terlalu menunjuk kemesr4an hubungan suami isteri di media sosial malah gelagat Imam yang dirakam itu juga spontan dan tidak keterl4luan.

Malah netizen juga mengatakan Hannah sangat beruntung kerana memiliki suami yang baik dan sweet.

Selain itu mereka juga mendoakan kebahagiaan Hannah dan Imam hingga akhir hayat.

Terdahulu, Hannah dan Imam berkahwin pada 18 Februari 2021 dengan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Difahamkan pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Hannah dan Imam juga dikenali sebagai pasangan yang tidak suka menunjukkan kemesraan di media menyebabkan ramai yang menyukai mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*