Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah… Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai

ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, penyanyi Yamani Abdillah mengambil langkah tidak masuk campur dalam perselis1han faham antara bapa, Datuk Jamal Abdillah dan adik tirinya, Zaki Yamani.

Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Abdillah, 21, menghorm4ti setiap pandangan yang dikeluarkan kedua-duanya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza.

“Saya tidak berani nak masuk campur kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya kena hormat setiap pandangan mereka,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

zaki n jamal

Jamal dakwa tidak dibenarkan jumpa anaknya, Zaki.

Sebagai anak sulung, Yamani berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Yamani juga terbuka untuk menghulurkan sebarang bentuk pertolongan jika ia boleh membawa sengketa tersebut ke titik perdamaian.

“Saya harap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tidak salah jika Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah.

Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

“Saya mahu melihat kami s3keluarga dapat hidup bahagia walau berlainan ibu.

“Jika diperlukan untuk selesaikan masalah ini, saya akan bantu,” jelasnya.

Salah faham tercetus selepas Zaki meluahkan rasa rindu apabila sudah enam tahun tidak beraya dengan bapanya.

Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercer41 dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.

yamani 2

Yamani mahu lihat seluruh keluarga hidup bahagia.

Zaki menafikan hal tersebut dan memohon bapanya agar tidak bercakap perkara yang tidak benar tentang ibunya.

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*