‘Tak Perlu Nak Suruh Kitorang Berdamai’- Status Hubungan Dingin Fazley Yaakob & DS Vida Terjawab

Nama Datuk Fazley Yaakob sudah tidak asing dalam industri seni dan juga dunia masakan, selebriti serba versatil ini dan berbakat dalam apa jua yang dilakukannya. Fazley juga sering menyuarakan pandangan mengenai isu semasa di laman media sosial nya. Terdahulu Fazley pernah menegur Datuk Seri Vida (DSV) di media sosialnya berkaitan isu jutawan kosmetik tersebut menggelar Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.

Sejak dari itu, ramai yang beranggapan hubungan dua usahawan hebat ini agak dingin hingga s3karang. Betul ke?

Namun terkini,  Fazley baru saja memuatnaik hantaran di Instagram nya, bahawa hubungannya bersama DSV masih baik.

“Bila masa saya dan Dato Sri Vida berg4duh? Saya hanya tegur dia baik-baiklah hari tu. Saya tetap menghorm4ti beliau. Buat netizen yang asik cakap DSV takut nak jumpa saya dan mengelak dari saya, cuba tengok kami di Four Seasons Kuala Lumpur, ok je kitaorang! Tak perlu nak suruh kitorang berdamai. Saya siap masak untuk dia tau. Kami sangat ok — betulkan Dato?”- tulisnya di ruangan kapsyen.

 

via (IG) Fazley Yaakob

Menginjak usia 44 Tahun

Sempena meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-44 tahun hari ini, Fazley memuatnaik foto lama dari zaman kanak-kanak hingga kini di Instagram nya.

Melihat perkongsian tersebut, Fazley tidak menyangka masa berlalu dengan begitu pantas dan mengucapkan rasa syukur kerana di beri peluang mencari rezeki dan pahala sehingga hari ini.

“Saya 44 tahun hari ini?? Wow.. Betapa cepatnya masa berlalu! Syukur Alhamdulillah diberikan keredhaan untuk kekal mengejar pahala dan mencari rezeki sehingga hari ni.” tulisnya

Tahun Demi Tahun Hadapi Pelbagai Ujian

Melihat dalam penulisan panjang cef selebriti ini, Fazley mendedahkan dia telah banyak melalui ujian dan dugaan dari segi fizikal dan emosi selama hidup bergelar sebagai anak seni, cef dan juga ketua keluarga.

Menurut cef selebriti ini, lahir dari keluarga yang serba kekurangan dia pernah merasai kepayahan dalam hidup sejak dari kecil lagi apatah lagi arwah bapa Fazley hanyalah seorang peniaga gerai makan dan ibunya pula pembuat kuih-muih Melayu di Negeri Sembilan pada suatu ketika dulu.

Walaupun hidup serba dalam kekurangan, Fazley mengatakan hidup dia s3keluarga tidak pernah kurang dengan kasih sayang sejak dari dulu sehingga kini.

“24 tahun dalam dunia seni, 10 tahun dalam dunia masakan dan 5 tahun sebagai ketua keluarga besar (selepas pemergian Bapak tersayang).

Laluan saya bukan mudah, pelbagai dugaan fizikal dan emosi telah saya lalui selama ini. Di lahirkan dalam keluarga serba kekurangan. Bapak dulu keluarga peniaga gerai mee goreng di Kedah dan ibu keluarga penoreh getah dan pembuat kuih-kuih Melayu di Negeri Sembilan.

Seawal usia bawah 5 tahun, dah pernah merasai kepayahan tiadanya baju raya baru, di besarkan di kampung kerana ibu @rsd.umi tidak mampu untuk besarkan saya di Kuala Lumpur kerana kepayahan hidup. Namun kami tetap kaya kasih sayang dari dulu sehingga ke hari ini.” dedahnya

via (IG) Fazley Yaakob

Jadikan Pengalaman Diri Sebagai Panduan

Dalam pada itu, Fazley juga turut berkongsi beberapa panduan hidup yang diambil dari pengalaman peribadinya sendiri sebagai peringatan dan pesanan dalam hidup.

“Ternyata, inilah ilmu dan pengalaman yang saya jadikan panduan hidup:

1)Kasih sayang tak boleh di jual beli dan harta dunia belum mampu membahagiakan

2)Ibu dan ayah kita adalah anugerah terbesar dunia akhirat, kebahagian mereka adalah punca kejayaan kita

3)Anak dan isteri @azrene_ahmad adalah kebun pahala. Usahalah membahagiakan mereka dengan perhatian dan kasih sayang. Pengorb4nan itu perlu demi kelangsungan hidup

4)Biarlah orang membuat jahat pada kita, kita usahalah untuk kekal senyum dan redha. Tak perlu balas kejahatan dengan kejah4tan, diam dan memaafkan lebih mulia.

5)Jangan sia-siakan mereka yang menyayangi kita, jangan abaikan mereka yang beri kita perhatian yang kita perlukan. Usah di kejar sesuatu yang bukan milik kita, jangan lalai dengan apa yang kita telah ada

6)Orang tak suka kita? Senyum! Orang ku.tuk-ku.tuk kita? Senyum! Orang troll dan ku.tuk-ku.tuk kita melampau-lampau? BLOCK DAN DELETE!” kongsinya

Apa pun, selamat hari lahir Datuk Fazley!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*