Tegur pun sal4h! Ibu bapa sokong anak pergi konsert Justin Bieber… Mar4h ustazah Asma suka jaga tepi kain orang, tak ‘sporting’

BUKAN guna duit ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang?

Itu antara kata-kata kec4man yang diterima pendakwah bebas Asma Harun selepas menegur ibu bapa supaya menghalang anak-anak daripada menghadiri ke tempat maksiat seperti konsert artis antarabangsa, Justin Bieber.

Lebih menyedihkan apabila kec4man itu muncul dalam kalangan ibu bapa sendiri yang tidak senang dengan peringatan berkenaan.

Namun atas dasar dakwah, Asma tetap sabar dan terus memberi didikan kepada orang ramai tentang pentingnya menjauhi tempat sedemikian yang boleh mengundang pelbagai musibah.

“Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan? Kandang kala minuman n4jis (ar4k) dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzin4an.

ASMA 1

Ustazah Asma menjadi perhatian selepas menyuarakan teguran berhubung konsert Justin Bieber.

“Suasana terkinja-kinja dan saling hil4ng kawalan diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang.

“Pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal. Bertemulah dengan kawan baharu, s3kelip mata nombor telefon saling bertukar. Merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ ibu bapa,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pada 31 Mac lalu iaitu hari yang sama tiket konsert Justice World Tour dijual di Malaysia, Asma memberikan teguran agar orang ramai khususnya golongan muda supaya tidak terjebak ke arah perbuatan m4ksi4t.

ASMA 3

Susulan tegurannya, Ustazah Asma diminta agar tidak menjaga tepi kain orang lain.

Teguran itu nyata tidak disenangi ramai termasuk ibu bapa.

Apa yang lebih memeranjatkan, teguran yang disampaikan dibalas dengan kec4man daripada pihak ibu bapa yang memintanya agar tidak menjaga tepi kain orang lain.

Dalam pada itu, Asma menyatakan bahawa dia tidak bersed1h akan h1n4an dan c4cian kerana baginya dia bukanlah sesiapa untuk dihorm4ti dan dimuliakan atas dasar dosa diri sendiri.

Walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang.

ASMA HARUN

PENDAKWAH BEBAS

Sebaliknya, wanita ini meluahkan rasa terkilannya apabila melihat ramai yang berdiam diri sahaja apabila melihat sesuatu kemungk4ran berlaku di hadapan mata.

“Saat melihat kemungk4ran yang dibenarkan secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, adakah iman tidak bersuara.

“Atau lesu juga bersama ayat sangka baik ‘alahai itu Justin Bieber je, itu s3kadar hiburan je, bukan selalu s3kali-s3kala je, kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti memberont4k, jika berd0sa nanti taubatlah’,” katanya.

Justeru katanya, normalisasi terhadap budaya asing dan mungkar seperti itu sepatutnya tiada tempat di hati ibu bapa Islam di negara ini.

ASMA 2

Ustazah Asma menegaskan tegurannya adalah atas dasar dakwah.

Malah, Asma menegaskan bahawa luahan ini bukanlah satu doa atau sangka buruk tetapi menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosial remaja dan penyelesaian ibu bapa.

Untuk rekod, penyanyi paling popular kelahiran Kanada, Justin Bieber dijadualkan membuat persembahan di Stadium Negara Bukit Jalil pada 22 Oktober 2022 ini.

Tiket bagi konsert World Tour itu dijual pada harga RM288 hingga RM2,088 untuk VIP, dan dilaporkan habis dalam masa beberapa jam sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*