Terserempak Di Bazar Ramadan, Tapi Netizen Ris4u Lihat Gel4gat Anak Kak Long Terlompat-Lompat

Bila sebut nama Kak Long 7E pastinya ramai mengingati akan kelantangan wanita berkenaan dalam berkata-kata. Bukan itu sahaja, ramai juga yang masih ingat akan beberapa k3s melibatkan wanita berkenaan.

Umum mengetahui individu yang digelar Kak Long 7E sering menyorot perhatian umum di media sosial. Sejak rakaman siaran langsungnya melakukan ‘onar’ di sebuah kedai serbaneka viral dalam kalangan netizen tidak lama dahulu, ada sahaja kontroversi yang dicetuskan oleh wanita berkenaan.

Namun, baru-baru ini, nama Kak Long 7E kembali basah di bibir netizen – tetapi bukan disebabkan kelakuannya, tetapi rakaman yang didkwa diambil secara ‘cur1-cur1’ oleh netizen yang kebetulan berada di lokasi yang sama.

Kelibat Kak Long di 7E jadi perhatian.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video wanita berkenaan bersama anaknya menjadi perhatian ramai.

Dalam video tersebut, kali ini dapat dilihat wanita berkenaan singgah di sebuah gerai air di sebuah bazar Ramadan.

Bagaimanapun, gelagat anak lelakinya yang dilihat sedang terlompat-lompat membuat ramai bimbang sekiranya berlaku akan kejadian tidak diingini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang sekiranya kejadian tidak diingini berlaku. Malah, mereka juga berseloroh bahawa peniaga-peniaga tersebut risau melihat wanita berkenaan.

Risau terbalik meja tu

Gigil yang jual air tu

“Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long” – Tak Larat Kena Kec4m, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Terdahulu disebabkan kec4man bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.

“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.

Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikec4m teruk oleh netizen.

Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.

Sudah la tu sebar pasal dia Sampai bila nak hukum dia

SUMBER: TikTok (Adyflyee), REDAKSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*