“Terjerit-jerit seperti orang hil4ng ped0man” Ini Ulasan Padu Ridhuan Tee Tentang Lagu Raya Baharu

hil4ng roh dan jati diri… Itu yang disifatkan penceramah bebas Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee terhadap lagu-lagu raya baharu yang dirasakan tidak sesuai didengar ketika sambutan Syawal.

Beliau yang juga merupakan profesor Pusat pengajian Teras (PPT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meluahkan rasa kecewa apabila pemuzik tempatan terlalu mahukan inovasi dalam muzik sehingga menjejaskan suasana hari raya.

“Saya teramat kecewa apabila lagu-lagu raya hari ini sudah hil4ng roh dan jati diri. Kenapa lagu-lagu hari ini tidak sedap. Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit-jerit seperti orang hil4ng pedoman?

“Paling malang ia dianggap sebagai satu inovasi sedangkan lagu dan muzik itu terjerit-jerit dan terkinja-kinja. Bagaimana nak rasa suasana hari raya?

“Lebih malang lagi, ada pula menyanyikan lagu raya bersama-sama bap0k, r0sak lagu raya sampai mak sendiri tak sanggup nak tengok,” ujarnya.

Ridhuan harap pengkarya baharu hayati lagu lama yang evergreen.

Terjerit-jerit seperti orang hil4ng pedoman, lebih parah menari dengan bap0k

Ridhuan berkata demikian bagi meluahkan pandangannya mengenai beberapa lagu raya generasi terkini yang baharu dilancarkan.

Dalam masa sama, Ridhuan berkata, inovasi dalam muzik yang diperjuangkan dilihat bukan satu pembaharuan sebaliknya hanyalah pengaruh budaya barat.

“Jelas menunjukkan betapa barat telah berjaya ‘membasuh’ otak kita apabila irama muzik seperti rock, R&B dan rap diagungkan.

“Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu.

“Ada penyanyi yang puji lagu mereka sendiri sedangkan yang mendengar adalah peminat. Jadi dengarlah suara hati pendengar,” katanya.

Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu

Sebelum ini mStar turut menyiarkan luahan kekecewaan peminat berhubung lagu raya nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah berjudul Seikhlas Hati yang berkonsepkan rock alternatif.

Suntikan elemen screamo atau jeritan dalam lagu berkenaan dianggap tidak sesuai untuk didengar ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kritikan turut dilemparkan kepada video muzik lagu raya berjudul Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kerana membabitkan aksi penari lelaki yang meliuk lentuk menari dengan memakai songkok.

Ridhuan turut beri komen lagu Aliff terkinja-kinja.

Sementara itu Ridhuan turut berpendapat lagu-lagu nyanyian penyanyi lama seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk DJ Dave dan Datuk M Nasir berjaya menjadi malar segar sehingga hari ini kerana alunan muzik dan lirik yang menyentuh perasaan.

Beliau turut berpesan supaya pengkarya muzik masa kini untuk terus menghayati lagu-lagu lama dengan lirik yang lebih tersusun, tertib dan bermakna.

“Lagu-lagu lama penuh jati diri walau dinyanyikan oleh orang bukan Melayu seperti DJ Dave. Jika kita nyanyikan lagu-lagu terdahulu tanpa sedar boleh mengalirkan air mata.

“Cuba tanya pengkarya seperti M Nasir, saya tidak fikir dia akan tergamak untuk masukkan elemen rock atau R&B dalam lagu raya. Saya amat kenal orang seperti ini, jati dirinya amat kuat. Begitu juga Allahyarham P Ramlee, Solma dan Sudirman jika masih hidup.

“Kepada pengkarya dan penyanyi hari ini, cuba dengar baik, tenung

Menteri Agama Nak Jumpa Datuk Aliff Syukri

Penyanyi lagu Kelepok Raya, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui berg.aduh dengan isterinya selama empat hari berikutan babak berbaring dalam video muzik lagu terbaharunya itu yang mengundang kec.aman dan ko.ntroversi.

Dalam babak itu, Aliff dilihat berbaring dengan ramai penari lelaki yang lengkap berbaju Melayu dalam keadaan yang dianggap tidak bersesuaian dengan konsep lagu.

“Disebabkan babak itu, saya berg.aduh dengan isteri saya selama empat hari. Ini pun baru sahaja baik,” katanya kepada.

Diminta mengulas mengenai babak yang dike.cam hebat itu, Aliff berkata, dia mengambil inspirasi daripada penyanyi, Britney Spears.

“Inspirasi saya adalah Britney Spears. Saya nak macam tu. Zaman saya dulu, penyanyi-penyanyi yang popular adalah Nsync, Britney Spears, Backstreet Boys, Christina Aguilera dan ramai lagi.

“Saya imaginasikan Britney Spears, tapi dis.untik ke dalam lagu saya,” katanya.

Aliff juga menegaskan bahawa penari-penari dalam video muzik itu adalah mereka yang bekerja sebagai penari profesional.

“Penari-penari yang kami ambil adalah dari Istana Budaya. Mereka adalah penari profesional dan pernah menjadi penari untuk Anugerah Juara Lagu serta pelbagai artis.

“Mereka ada kerjaya tetap dan ada antara mereka terdiri daripada pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

“Dalam kerjaya sebagai askar pun ada biro atau bahagian kebudayaan. Bila anda mengh.ina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah dan sebagainya,” katanya.

Kelepok Raya turut menampilkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Solehah.

Nasihat Saya Janganlah Dikongsi

Video raya nyanyian usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Kelepok Raya telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim.

M.enteri di Jabatan Perdana M.enteri Hal Ehwal Agama Senator Datuk Idris Ahmad berkata, video yang menampilkan aksi terkinja-kinja sekumpulan penari lelaki lembut itu tidak selari dengan adab ketimuran dan ajaran Islam.

Video berkenaan menurut Idris, kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah mereka menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan.

Serentak itu, Idris meminta orang ramai agar video tersebut tidak dikongsi di media sosial.

“Sebagai ti.ndakan awal klip video ini telah saya rujuk kepada Jakim untuk dibawa ke pihak berkuasa. Nasihat saya, dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ianya boleh di p.rivate kan hanya untuk tatapan peribadi empunya video.

“Saya yakin ianya mampu memberi jiwa yang besar dan hati yang lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menturutinya, malah insya-Allah Tuhan akan melapangkan lagi rezeki kepada kita atas patuhnya kita kepada Allah SWT,” katanya tanpa menyebut nama Aliff Syukri.

Mereka perlu menggunakan pemberian berkenaan untuk mengajak umat Islam untuk lebih takutkan Allah dan menjauhi tingkah laku yang menjarakkan diri dengan ketaqwaan dan reda Tuhan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Tambah Idris, jika ada k3sempatan beliau mahu berjumpa dengan Aliff.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam. Dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini,” katanya.

Video muzik lagu raya nyanyian Aliff yang mempunyai unsur komedi dianggap tidak kelakar oleh masyarakat sebaliknya menjadi bahan ce.muh gara-gara aksi lembut sekumpulan penari lelaki.

Kredit : HM/MG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*