Video Zizi Kirana Taranum Surah Al-Bakarah Buatkan Ramai Tersentvh

Alunan surah Al-Bakarah ayat 183 daripada, penyanyi, Zizi Kirana nyata menyentvh hati banyak pihak.

Video bacaan ayat suci Al-Quran itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal Sabah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Zizi turut merakamkan ucapan terima kasih buat gurunya, Ustaz Fahmi Ashraf kerana telah membimbingnya untuk bertaranum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Terima kasih Ustaz Fahmi Ashraff ajarkan Tarannum Bayyati,” tulisnya.

Video berdurasi hampir seminit itu telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen di Instagram.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji kemerduan suara Zizi saat mengalunkan surah tersebut.

“MasyaAllah merdunya. Sedap sangat.

“Merdunya, tenang hati dengar.

“Tenang jiwa ragaku.

“Ya Allah nak menangis mendengar bacaan Zizi ni.

“Kagumnya dengan awak sis. Please buat selalu,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, Zizi juga pernah berkolaborasi bersama kumpulan nasyid, UNIC untuk mengalunkan qasidah menerusi lagu yang berjudul Purnama.

Sekadar informasi, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Yusof Baharin pada tanggal 19 September tahun lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zizi Kirana

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*