Hiina cara orang bersolat dalam bas Surau Bergerak, wakil tampil mohon maaf pada semua

Tindakan seorang lelaki mempersendakan cara orang beragama Islam solat di dalam bas Surau Bergerak, mengundang kemar4han netizen.

RAKAMAN MAAF TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Video yang dimuat naik di laman TikTok itu menunjukkan, wanita yang juga perakam video itu terdahulu bertanya dengan lelaki terbabit bagaimana cara orang Islam bersolat dalam bas tersebut.

“Budak bingai ingat orang kat dalam bas (surau bergerak) tu solat macam tu. Sudahlah mengh1na agama Islam. Kalau tak pernah solat, jangan nak h1na,” kapsyen dalam video tersebut.

“Anak siapa ni? Minta mak bapak dia tengok perangai anak dia. Entah-entah tak pernah solat. Nak bergurau tetapi langsung tak berfikir panjang.

“Memang budak ini kurang iman. Kalau iman dia kuat, takkan sampai nak ajuk macam tu. Minta kena pijak budak-budak tak ada abad ini.

“Macam manalah dia boleh berpuasa sedangkan syarat berpuasa itu kena ada akal. Kau kalau depan mata aku, memang merah dah muka kau. Yang tukang rakam pakai tudungg tu semua k4fir,” kata netizen.

“k3sian ibu bapa yg melahirkan anak yg mcm ni…. ada anak OKU lebih baik dari anak yg macam ni…. sama mcm org jahilliah yg mempersendakan org islam zaman dulu dulu.. cuma ini org j4hiliah zaman moden… ini lah contoh cerminan ibu dan bapa.” – Hang Nadim

Susulan tular video sekumpulan pelajar yang didakwa mempersendakan kemudahan bas Surau Bergerak minggu lalu, wakil dari kumpulan berkenaan yang enggan identiti mereka didedahkan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Individu terbabit menjelaskan, video tersebut hanyalah gurauan di antara mereka dan disebabkan terlalu teruja, dia memuat naik video tersebut ke aplikasi TikTok. Namun tidak menyangka video tersebut akan tular dan mengundang kec4man dari netizen.

“Kami nak minta maaf kerana post video tersebut dan tular di media sosial sehingga kami dihentam secara berterusan.

“Niat kami bukan mahu mencerca agama atau rekaan surau bergerak itu. Kami jadi ‘jakun’ apabila melihat kemudahan itu kali pertama. Maka timbulnya rasa teruja.

“Awalnya gurauan itu di antara kami sahaja. Tetapi disebabkan saya terlalu gembira, jadi saya muat naik video tersebut di TikTok dan tak sangka boleh jadi tular seperti ini.

“Kami sedar perlakuan kami telah merosakkan imej sendiri. Penjaga dan orang sekeliling kami juga sudah mengetahui tentang k3s ini, dan kami sudah mendapat pengajaran yagn setimpal.

“Sekali lagi kami meminta maaf dan saya sudah membuang akaun TikTok saya. Apa yang berlaku, akan menjadi pengajaran buat kami semua,” ujarnya sambil memuji rekaan surau bergerak itu hebat dan mahu menggunakan kemudahan itu jika berpeluang.

Sumber TherReporter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://belumbalik.com 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*