Aedy Ashraf Tampil Bersuara Tentang Lamaran Yang Dibuat Dan Hubungannya Dengan Amelia Henderson

Pelakon Aedy Ashraf t4mpil menjelaskan lamaran yang dibuatnya terhadap pelakon Amelia Henderson baru-baru ini bukanlah g1mik bagi mempromosikan produk seperti yang didakwa sesetengah netizen.

Ia sekaligus menjelaskan bahawa Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, kini sedang rapat dengan aktres berkenaan.

Menurut Aedy, lamaran yang dibuat dalam sebuah festival makanan Mac lalu itu dilakukan spontan dan sehingga kini dia pun masih terkejvt dengan keberaniannya melakukan sedemikian.

“Saya pun terkejvt dengan tindakan spontan tersebut. Bukan saja orang lain tetapi saya termasuk Amelia pun terkejvt.

“Lamaran tersebut saya tak rancang apa-apa pun. Kami berdua memang tak tahu apa-apa dan semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya.

Walaupun Aedy dan Amelia berkecimpung dalam bidang yang sama namun disebabkan kesibukan jadual menyebabkan kedua-duanya jarang dapat meluangkan masa bersama seperti kebiasaan pasangan bercinta lain.

“Sejujurnya jadual kehidupan saya memang tak seimbang langsung. Kerja saya memang akan letak nombor satu, sampaikan masa dengan keluarga pun banyak dik0rbankan.

“Tak ada masa nak berjanji temu (dating) pun. Mungkin saya seorang manusia yang terlalu cintakan kerja sehingga kasih sayang di tempat lain pun agak ter4bai.

“Amelia pun sangat sibuk sebenarnya dan persamaan kami mungkin perkara tersebut iaitu jadual kedua-duanya terlalu padat. Kami tak jumpa atau dating tetapi hanya berhubung melalu telefon sahaja,” katanya lagi.

Hubungan Aedy dan Amelia mula diperkatakan selepas kedua-duanya digandingkan menerusi drama bersiri, Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

Terdahulu, pada 27 Mac lalu, video Aedy melvtut melamar Amelia sebagai teman wanitanya semasa penganjuran sebuah acara festival makanan menjadi bualan hang4t warganet.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, 27, sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kedah, Tunku Datuk Harunnarasheed Putra Tunku Annuar pada Ogos 2015.

Namun, hubungan itu tidak bertahan lama selepas Amelia mengakui sudah berp1sah pada tahun 2018.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*