Anuar Zain Mula Mended4hkan Perlu Buat Persediaan Ment4l Sebelum Bergand1ng Dengan Ziana Di Atas Pentas

BAKAL bergandingan dalam menjayakan sebuah konsert 6 Ogos depan, penyanyi Anuar Zain mended4hkan kakaknya Ziana Zain adalah individu yang berbeza jika berada di atas pentas.

Biarpun tinggal sebumbung, kata Anuar, kakaknya itu seorang yang sangat profesional dan dia perlu membuat persediaan yang secukupnya berada di pentas sama.

“Kami dalam fasa pra persediaan. Pertama sekali, dari segi ment4l… saya kena fikir tentang mengadakan persembahan bersama seorang penyanyi profesional.

Anuar dan Ziana akan bergandingan dalam sebuah konsert.

“Walaupun dia kakak saya dan tinggal bersama tapi bila buat persembahan, kami adalah individu yang berbeza. Prinsip dan karakter yang berbeza, jadi kena kuatkan minda.

“Sebab banyak benda yang perlu dilakukan. Tapi semuanya untuk perkara yang baik,” kata Anuar kepada mStar.

Adik-beradik itu ditemui ketika sidang media Konsert Anuar Zain dan Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Prinsip dan karakter yang berbeza, jadi kena kuatkan minda.

ANUAR ZAIN

PENYANYI

Jualan tiket member4ngsangkan dengan kerusi VIP habis ditempah sebaik jualan dibuka membuktikan konsert yang akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), itu cukup dinantikan peminat.

Malah, tiket kategori VIP berharga RM1,188 dan kategori Silver bernilai RM292 untuk konsert menggandingkan dua vokalis hebat itu habis dijual.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 52 tahun ini memberitahu bukan mudah untuk pengarah muzik dan pengarah persembahan konsert itu mencari keser4sian dalam vokal mereka dua beradik.

Malah, penyanyi lagu Sedetik Lebih ini turut mengakui dia berdepan dengan cabaran untuk menyanyikan lagu kakaknya sendiri.

Konsert Anuar dan Ziana merupakan anjuran Trumpet International Sdn Bhd.

“Sebenarnya suara kami susah nak sepadankan tapi pengarah muzik dan pengarah persembahan buat homework berhari-hari, pilih lagu sesuai untuk kami duet.

“Banyak yang terpaksa disusun dengan cara terbaik untuk vokal kami berdua dan Alhamdulillah akhirnya dapat satu persetujuan bagi nyanyian kami nanti.

“Sejujurnya sangat mencabar saya perlu hafal dan menjiwai lagu Ziana. Kami berdua kena memahami lagu masing-masing. Lagu-lagu Ziana sangat susah untuk saya bawakan.

“Sebab dia mempunyai stail yang berbeza daripada lagu saya. Jadi, saya perlu banyak buat latihan,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*