KJ Mended4hkan Ini Faktor Yang Menyebabkan Tiada Peningkatan Kes C0vid-19 Selepas Raya

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik.

Menurutnya, ia terbukti apabila tiada peningkatan mend4dak kes COVID-19 direkodkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia dari segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan Ke Endemik.

“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.

“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gej4la, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri.

“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Hari Asma Sedunia 2022 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramal kes COVID-19 akan naik mend4dak selepas Aidilfitri namun selepas dua minggu, keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mend4dak berlaku.

Dalam pada itu, Khairy berkata, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wab4k berkenaan.

“Vaksinasi ini membantu mengurangkan kesan yang burvk (kepada pes4kit COVID-19) dan kita tengok sekarang ini hospital kita tidak lagi penuh dengan kes COVID-19.

“Keadaan ini membolehkan banyak kes lain dapat kita selesaikan sekarang bagi tumpuan bagi asma dan peny4kit serius yang lain,” katanya.

Katanya lagi, tahap pematuhan tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga secara tidak langsung turut membolehkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak perlu lagi menguatkuasakan undang-undang dengan memberikan kompaun seperti mana dilaksanakan sebelum ini.

Sumber: Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*