“Kot kot nak jadi berempat tak lama lagi.”-Fazura Mula Bersuara Untuk Menimang Cahaya Mata Kedua

Anak sulung sudah hampir menginjak usia dua tahun, pelakon Nur Fazura secara berseloroh berkata dia teringin menimang cahaya mata kedua bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina bersama aktor, Fattah Amin.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 39, memuat naik rakaman dia, suami serta anaknya, Nur Fatima Aisya berjalan seiringan bergaya dengan berbaju raya bertemakan warna ungu.

“Kenangan jalan bertiga.  Kot kot nak jadi berempat tak lama lagi…,” selorohnya beserta tandapagar #belumlagi #dontwondertau #doakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Perkongsian itu pantas mencvri perhatian peminat yang turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

“Amin, semoga Fatima bakal dapat adik ya, suka tengok family ni, sejuk je mata.

“Apapun marilah sama-sama kita aminkan.

“She (Fazura) meminta, but why not sis.

“Semoga Fatima cepat-cepat jadi kakak, hiks.

“Amin, the more the merrier!

“Amin, semoga mendapat zuriat kembar pula,” komen sebahagian netizen.

Fazura dan Fattah diijabkabulkan pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Pasangan itu mula menj4linkan hubvngan cinta selepas digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Fazura

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*