Liza Hanim Terp4ksa Buka Saluran Youtube Sendiri Untuk Dapatkan ‘View’ Yang Banyak

SEDAR dengan kepentingan platform digital sebagai medium pemasaran kerjaya seni, penyanyi Liza Hanim mengambil inisiatif untuk memulakan saluran Youtube miliknya sendiri.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Halim, 42, tidak men4fikan industri kini lebih memberi fokus kepada populariti seseorang artis yang berjaya meraih banyak tontonan menerusi platform sebegitu selain aktif di media sosial.

“Sekarang ini industri hiburan kita lebih tertumpu kepada populariti seperti jumlah tontonan dan pengikut. Sebagai penyanyi saya juga harus menguasai kaedah digital sebegini.

“Sebab itu saya telah membuka akaun Youtube sendiri dan menjadikan ia sebagai satu platform terbaik untuk berkongsi karya-karya seni,” katanya.

Dalam masa sama, naib juara program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) ini mengakui lagu baharu nyanyiannya berjudul Tiada seakan kurang mendapat sambutan berbanding lagu-lagu hit seperti Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Liza ia tidak pernah memat4hkan semangatnya untuk terus menyanyi dan mencari lagu-lagu yang lebih baik di masa akan datang.

Sebagai penyanyi saya juga harus menguasai kaedah digital sebegini

LIZA HANIM

PENYANYI

“Mungkin lagu itu tidak sesuai dengan pendengar atau ia dikeluarkan pada masa yang tidak tepat.

“Tetapi tidak bermakna keg4galan lagu itu membuatkan saya mahu berhenti menyanyi,” ujarnya.

liza hanim 1

Liza bakal tampil dengan sebuah lagu duet balada.

Liza yang merupakan salah seorang peserta program Astro Ria berjudul Karaoke Superstar turut mended4hkan dia bakal berkolaborasi dengan seorang penyanyi wanita menerusi sebuah lagu baharu.

Enggan mended4hkan nama rakan artisnya itu, Liza hanya memaklumkan penyanyi tersebut amat dikenali kerana kem4ntapan vokalnya.

“Dia merupakan seorang penyanyi yang terkenal kerana kem4ntapan vokalnya. Kami bakal mengeluarkan lagu duet genre balada,” jelasnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*