Ramai Yang Ingin Tahu Rahsia Awet Muda Datin Seri Maria Farida, Ini Pended4han Sebenarnya

“Hari-hari orang tanya sampai saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya.” Demikian kata model dan pelakon, Datin Seri Maria Farida apabila berdepan dengan netizen yang sering bertanya mengenai rahsia awet mudanya.

Menurut Maria,53, dia akui tiada merujuk sebarang penjagaan khusus, sebaliknya memilih untuk jalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat. Cuma saya rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-aging dan sebagainya.

“Cuma mungkin sebab saya juga tidak mer0kok. Cuba jaga kesihatan dan selalu jadi seorang yang positif.

“Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai harapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang disambut Mac lalu, Maria berharap semoga dia sekeluarga dilimpahkan rahmat dariNya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

“Saya hanya mendoakan diri saya sihat sentiasa, tiada apa-apa peny4kit yang kr0nik. Saya harap ahli keluarga saya juga terhindar dari sebarang mus1bah termasuk Covid-19 dan semoga semuanya menjadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.

Menyambut kedatangan 1 Syawal di ibu kota, Maria seperti biasa meraikan lebaran dengan apa adanya, mengenangkan situasi semasa ketika ini.

“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, v1rus Covid-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.

“Masih lagi rasa t4kut-t4kut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terj4ngkiti (Covid-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada v1rus berkenaan,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*