Akhirnya Terb0ngkar Identiti Bakal Menantu Rozita Che Wan

Kuala Lumpur – Tempoh 12 tahun berkawan baik, Rozita Che Wan cukup tersentvh dengan keikhlasan hati pengasas p.roduk k.osmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun Disember depan.

Bagaimanapun, wanita yang lebih mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sebenarnya tidak terkejvt dengan pemberian berkenaan kerana menyifatkan Anas sebagai seorang yang sangat pemurah.

Sambutan itu berlangsung lebih awal pada 14 Jun lalu di Glamhall Damansara mengetengahkan busana tema Melayu Tradisional rekaan Man Kajang.

Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun ulang tahun perkahwinan saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejvt pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas jenis tidak berkira.

Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tidak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM 100.

“Majlis ni pun dirancang dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat lau.nching inai Mazaville yang saya dan Anas usahakan. Tapi dia kata sudah alang-alang, apa salahnya bersanding lagi terus. Kita pun suka,” katanya.

Che Ta turut menambah, persahabatan mereka bermula hanya atas dasar kerja dan kemudian berc.ambah menjadi rapat.

Ada sesetengah rakan kerja akan menjadi rapat, boleh bertolak ansur dan macam-macam lagi. Kami jadi sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang. Selama 12 tahun ni, kita tak pernah g.aduh.

Katanya lagi, dia juga amat gembira dengan perjalanan majlis yang dikatakan mencecah belanja hampir RM 100,000.

“Masa majlis berlangsung, dia tanya saya happy tak? Saya balas, gila tak happy. Berapa puluh ribu nak bayar majlis ni. Saya rasa cecah hampir RM 100,000. Makan sahaja RM 40,000. Tak termasuk bayaran jurufoto, penari dan sebagainya.

“Bayar yang kecil-kecil ni pun rasaya boleh ce.cah RM 30,000. Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Saya tak tahu pun ten.tatif malam ni. Saya ikut sahaja kata pengacara majlis, Viviana.

Kongsi Gambar Bakal Menantu

“Lepaih ni turn depa pulak na”, tulis pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta di ruangan kapsyen foto yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan dia bergambar dengan anak lelakinya, Ammar Effendy, 26, dan seorang gadis jelita yang dikenali sebagai Erysha Emyra yang merupakan anak kepada pelakon Noniswara.

Foto terbabit diambil sekitar Majlis Malam Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin 2022 bersempena ulang tahun perkahwinan ke10.

Foto tersebut telah mendapat perh.atian ramai dan rata-rata memuji kecantikan gadis tersebut dan menyatakan wajah gadis itu seiras dengan Che Ta.

Malah, ada yang menyatakan pernah melihat gadis ini menyertai sebuah game show yang dih.oskan oleh Che Ta yang berjudul Ujian Menantu yang ditayangkan baru-baru ini.

Masya-Allah cantik dan segak. Tak silap ini Erysha anak Noniswara kan?. Dia ni ke yang ada dalam rancangan tu? .Muka bakal menantu nak sama dengan mak mentua, tulis warganet.

Sehingga kini, foto yang dimuat naik itu telah meraih lebih 520,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.

Untuk info, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinannya yang pertama sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

Hasil perkahwinan dengan Zain Saidin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 9.

Kredit : HTFM/IG

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*