Dibandingkan dengan Janna Nick, Diana Danielle Jawab Mulut Netizen!

Penyanyi dan juga pelakon , Diana Danielle telah meluahkan rasa teruja selepas terpilih untuk berkolaborasi bersama penyanyi Britain, Calum Scott yang memberikan nafas baru pada lagu barunya, ‘Heaven’ yang melakukan kolaborasi dengan artis berbakat dari Asia Tenggara termasuklah Filipina, Vietnam, dan Indonesia.

Menerusi hantaran di Instagram, Diana dilihat memuatnaik klip nyanyiannya bersama Calum Scott yang bakal ditayangkan pada 8 malam ini di Youtube.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Rakan Selebriti & Netizen Luah Rasa Teruja

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rakan selebriti Elfira Loy, Betty Rahmad, Siti Saleha dan ramai lagi meluahkan rasa teruja malah turut menitipkan ucapan tahniah di atas kolaborasinya bersama penyanyi Britain itu.

“OMG congrats!! So excited to hear this ❤️”-Elfira Loy

“Congrats mummy 😍😍”-Betty Rahmad

“So amazing love ❤️”-Siti Saleha

“Awww so excited for you…Congrats beb ❤️❤️❤️”-Raja Ilya

via Instagram Diana Danielle

Netizen Membandingkannya Dengan Lagu ‘Gatal’ Janna Nick

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah komen netizen yang menyifatkan lagu nyanyian Diana Danielle adalah muzik yang dimahukan orang ramai, dan bukan seperti lagu ‘Gatal’ Janna Nick.

“Yang macam ni lah nak, bukannya gatal gatal gatal.”-Komen netizen

“Bukan Mudah Hasilkan Lagu Yang Hit”

Diana kemudian membalas komen netizen tersebut dengan memberitahu bahawa dia rasa bangga dengan Janna yang telah menghasilkan sebuah lagu yang catchy, sehingga dikenali satu dunia termasuklah penyanyi Korea Selatan PSY yang turut menggunakan lagu Janna Nick ‘Gatal’ sebagai background dalam videonya di Instagram.

“Saya rasa bangga dengan Janna. Ianya bukan mudah untuk hasilkan lagu yang hit. Lagu tu terkenal satu dunia sebab concept dan lagu yang catchy, if i may so myself.”-Kata Diana

via Instagram Diana Danielle

Setiap muzik mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Jangan lupa tonton setiap versi lagu ‘Heaven’ yang dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8 malam di Youtube.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MuraiMY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*