Nora Ariffin Teruja Terima Anugerah Daripada Menteri Besar Kelantan Setelah 30 Tahun Sebagai Anak Seni

Datuk Nora Ariffin atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin merupakan penyanyi terkenal tanah air. Nora adalah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni suara apabila beliau dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada tahun 1991. 

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram miliknya, beliau telah memuatnaik satu hantaran meluahkan rasa syukur dan gembira di atas anugerah yang diterima.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Melihat dari hantaran yang dikongsikan penyanyi tersebut, Nora telah memanjatkan rasa syukur di atas anugerah Kelantan Business Entrepreneurship Awards (KBEA) bagi tahun 2022. 

Alhamdulillahh syukur pada Allah SWT diatas pengiktirafan ini. Thank you penganjur KBEA 2022 for the award.

Nora turut mended4hkan sepanjang 30 tahun beliau menjadi anak seni, ini merupakan kali pertama beliau terima anugerah dari YB Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Sepanjang 30 tahun jadi anak seni, baru ini kali pertama menerima award dari YB Menteri besar Kelantan.
Cukup bermakna.

Selain Nora, terdapat juga anak seni tempatan yang turut mendapat anugerah berprestij ini.

 

Menerusi ruangan komen, ramai menitipkan ucapan tahniah buat Nora.

Walau apa pun, kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Nora Ariffin di atas anugerah yang diterima.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Nora Ariffin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*