Pengantin Lelaki Papar Video Panas Isteri Dengan Lelaki Lain Di Majlis Kahwin, Identiti Lelaki Dalam Video Memang Tidak Disangka

Tetamu di sebuah majlis perkahwinan dikejutkan apabila pengantin lelaki menayangkan video intim pasangannya dengan lelaki lain.

Bukannya menayangkan montaj perjalanan cinta mereka sebelum berkahwin, sebaliknya skrin projektor itu memaparkan video ‘panas’ antara pengantin perempuan dengan abang ipar lelaki terbabit.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan wanita berkenaan yang membaling jambangan bunga ke arah suaminya yang menjerit; “Adakah awak menyangkakan saya tidak tahu perbuatan awak ini?”

Bukan sahaja malu di hadapan keluarga dan tetamu yang hadir, malah perbuatannya itu turut ditayangkan kepada warganet apabila video berkenaan dimuat naik di Weibo pada 26 Disember lalu, lapor AsiaOne.

Berdasarkan posting lelaki terbabit, dia menyedari kecurangan isterinya itu ketika sedang menguji kamera pengawasan yang baru dipasang di rumah mereka.

Menerusi komen yang ditinggalkan wargamaya, ada yang mengatakan bahawa wanita terbabit menjadi mangsa keganasan lelaki itu.

Tidak tahan dengan tekanan jiwa, wanita itu mula mengadu mengenai masalah dihadapi pada abang ipar suaminya hingga terbit bibit cinta.

Difahamkan, keluarga wanita itu mengugut akan membuat laporan polis sekiranya video berkenaan tidak dipadam daripada media sosial.

Tidak dapat dipastikan status sebenar hubungan pasangan itu sama ada mereka masih suami isteri atau tidak. – CARI

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*