Lagu Raya Senario Di Hari Yang Mulia Buat Terimbau Memori!

Kumpulan pelawak yang cukup popular di sekitar penghujung 1990-an, Senario kini kembali dengan Senariounion. Wujud setelah sekian lama, ahli kumpulan pelawak ini silih berganti dan terbaru mereka kembali semula menghiburkan orang ramai.

Kemunculan mereka di kaca televisyen sering sahaja dinanti-nantikan peminat Senario untuk bergelak tawa dengan lawak mereka. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan dan membuat lawak, mereka juga boleh menyanyi.

Sebut sahaja lagu seperti Joget Toleh Menoleh, Jeling-Jeling, Anje Anje serta Sebelum dan Sesudah, memang cukup sinonim dengan kumpulan Senario.

Terkini nama Senario menjadi Senariounion dengan kehadiran lagu terbaru iaitu Di Hari Yang Mulia. Menerusi muzik video lagu ini kelihatan hanya empat orang ahli sahaja yang tinggal iaitu Illya, Yassin, Saiful Apek dan Hamdan.

Bagaimanapun lagu Di Hari Raya Yang Mulia dari Senariounion ini mampu mengubati rindu peminat mereka. Jom layan lagu raya Senario ini di bawah:

Memang menambah aura dan semangat nak raya bila mendengarkan lagu dari mereka ini, biarpun beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dek kerana penvlaran w4bak Cov1d-19.

Di ruangan komen, ramai yang menyambut gembira mendengarkan lagu raya Senario ini yang mampu mengimbau kenangan kanak-kanak mereka.

Sementara itu, ini antara kisah mengenai lagu raya yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Ada yang mengundang sayu dan membuatkan anda terhibur.

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*