Meskipun, sambutan hari raya pada kali ini disambut dengan serba sederhana dan agak berbeza pada tahun sebelum ini. Namun ia bukan penghalang untuk orang ramai mengambil foto untuk dijadikan kenangan bersama.
Buat selebriti terkenal, Uqasha Senrose bersama sepupunya, Aprena Manrose juga bersama-sama mengambil kenangan di hari raya apabila mereka menyambut hari raya pada tahun ini bersama.
Umum diketahui, selain adik beradik Uqasha Senrose iaitu Nelydia Senrose dan adiknya juga, Raysha Rizrose, adik beradik sepupunya itu turut mendapat perhatian netizen apabila mereka juga menceburi bidang lakonan.
Oktovia Manrose dan Aprena Manrose juga antara pelakon yang berjaya menempa nama dalam bidang lakonan dan sudah beberapa drama lakonan mereka mencuri tumpuan peminat drama tempatan.
Pun begitu, mereka berlima sudahpun dikenali ramai dalam industri seni tanah air dan bukan saja memiliki rupa paras cantik namun lakonan mereka juga tidak dinafikan membuatkan ramai penonton terpikat.
Walau bagaimanapun, adik beradik Uqasha Senrose mahupun Oktovia yang merupakan sepupu membuatkan orang ramai senang melihat keakraban mereka meskipun menceburi dalam bidang yang sama.
Dalam pada masa yang sama, kecantikan lima selebriti berkenaan turut mendapat pujian setelah berkongsikan foto sempena menyambut hari raya pada tahun ini.
Foto lima selebriti ini dipuji warganet
Selain mereka, ini juga antara kisah selebriti yang mencuri tumpuan ramai sejak kebelakangan ini:
Sumber: HCL
Leave a Reply