Yusuf Iskandar Buat Cabaran Dengan Hanis Zalikha, Sikap ‘Sabar’ Dipuji Warganet

Nampaknya, cabaran yang menjadi trend dikalangan ibu bapa apabila mereka cuba untuk menguji tahap kesabaran anak mereka, Hanis Zalikha juga tertarik untuk mencubanya kepada anak sulung, Yusuf Iskandar.

Si cilik popular, siapa sahaja yang tidak mengenalinya dimana dari bayi sehingga kini berusia 4 tahun sentiasa menjadi perhatian ramai terutama buat peminat anak selebriti.

Malah, Yusuf Iskandar juga turut memiliki laman akaun Instagram miliknya yang ternyata sudah hampir mencapai jumlah followers 3 juta. Popular betul anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Cabaran berkenaan yang dilakukan oleh Hanis Zalikha telah dikongsikan menerusi laman Instagram Yusuf Iskandar dimana rata-rata peminat dan pengikut seronok menyaksikan gelagat mereka berdua.

Hanis Zalikha dilihat memberikan cabaran dengan meletakkan dua marshmallow lalu memberitahu anaknya bahawa jika dia menunggu, dia akan dapat memakan marshmallow berkenaan dua namun jika sebaliknya dia hanya dapat satu.

Pelakon dan usahawan itu pula akan membuatkan anaknya itu menunggu dalam beberapa minit dan ternyata, reaksi Yusuf Iskandar membuatkan orang ramai memujinya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“The Stanford marshmallow experiment was a study on delayed gratification in 1972 led by psychologist Walter Mischel, a professor at Stanford University. In this study, a child was offered a choice between one small but immediate reward, or two small rewards if they waited for a period of time.”

Siaran dikongsi oleh Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) pada

Sebelum ini, didikan Hanis Zalikha apabila anak-anaknya cuba berebut permainan lalu ditenangkan oleh selebriti berkenaan dan kali ini pula, didikan mengajar Yusuf Iskandar untuk menjadi seorang yang penyabar membuatkan peminat sekali lagi memberikan pujian buatnya.

Dalam pada masa yang sama, video berkenaan turut membuatkan ramai meninggalkan pelbagai maklum balas positif terhadap mereka berdua.

 

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*