Tolong Doakan Kami Agar Diberi Cahaya Mata, Individu Ini Sedekah Air Buat Berbuka Kepada Semua

Semoga pasangan ini dipermudahkan 😱

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah tentu mahukan cahaya mata sendiri. Lagi-lagi jika usia perkahwinan sudah dianggap lama dan rezeki anak masih belum kunjung tiba.

Pelbagai usaha sudah dilakukan dan jalan terakhir adalah berserah kepada Allah S.W.T sama ada ingin mengurniakan rezeki anak cepat atau pun lambat. Salah satu cara bertawakal kepada Maha Pencipta adalah memohon didoakan cahaya mata daripada orang sekeliling.

Sedekah minta doa diberi zuriat

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook yang dikenali sebagai Herry Trolak, dia telah mengambil amanat pasangan suami isteri yang membeli air jualannya dan memintanya menyedekahkan kepada orang ramai. Pasangan yang tidak mahu dikenali itu turut berharap agar individu yang mengambil air tersebut mendoakan rezeki anak untuknya.

Laku keras!

Perkongsian tersebut dibuat pada hari Isnin lepas dan mendapat ribuan tanda likes di Facebook. Tidak lama selepas itu, Herry telah memuat naik satu lagi posting dengan memberitahu bahawa air percuma telah habis pada jam 5.30 petang hari tersebut.

Herry yang menjalankan perniagaan menjual air pada bulan Ramadan ini juga menjelaskan bahawa individu yang tidak mahu diketahui identitinya membayar semua air yang dijual dan memberi bayaran lebih kepadanya. Individu itu cuma mahu agar orang ramai mendoakannya memperolehi zuriat kelak.

Berkat sedekah, Insha Allah

Menjengah ke ruangan komen Facebook, rata-rata telah memuji tindakan yang diambil oleh individu tersebut yang melakukan amal jariah terutamanya di bulan Ramadan. Mereka juga mendoakan agar pasangan suami isteri itu dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Mudahan segala hajat dimakbulkan

Semoga dimurahkan rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber : Herry Trolak via CiteMalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*