Kenapa Aku DiUji Lagi, Kenapa Allah Hadirkan Aku Perasaan kecewa Yang Amat Berat Ini ,Setelah Aku Sediakan Semuanya Kenapa Dia Harus Mencur1

Aku seorang isteri. Kerja kerajaan. Tinggal di KL. Gaji aku RM4,000. Gaji suami RM3,000. Duduk di kuarters, bayaran sewa tolak dari elaun aku. Anak 2 orang. 4 tahun dan setahun. Setiap bulan suami bagi aku RM1,000. Taska anak RM 900. Balance RM100 lepas la susu anak. Pampers, makan pakai anak dan suami semua aku sediakan. Bil api, air, insurans, kereta, duit utk mertua smua aku yang tanggung. Barangan dapur juga dari gaji aku. Tanggungan suami cuma RM1,000 tu jer setiap bulan.

Kalau raya, aku yang keluarkan duit minyak,toll untuk balik kampung. Aku yang keluarkan duit untuk beli baju raya anak-anak. Duit raya untuk budak2 pun aku yang sediakan.
Hari ni aku kecewa.

Dalam bilik kami ada satu tabung. Hampir setahun aku simpan RM50 setiap bulan dalam tabung ni. Sejak 2 bulan lalu, Allah gerakkan hati aku untuk korek tabungan aku. Tapi aku lawan perasaan tu sebab aku rasa tak ada keperluan pun untuk aku korek tabung tu. Tapi aku tak tahu kenapa malam ni tangan aku tiba2 menggapai tabung tu dan akhirnya aku korek tabung tu. Duit yang ada dalam tu RM60 sahaja

.
Soalsiasat berlaku. Suami aku mengaku dia yang curi duit tabungan aku. Aku sedih aku hampa. 
Setelah aku sediakan semua benda untuk die kenapa die harus mencuri?

Aku tahu Allah adil. Allah yang gerakkan hati aku supaya aku tahu perangai dia. Tapi kenapa Allah hadirkan perasaan kecewa yang terlalu berat nii utk aku? Malam ni aku kunci pintu rumah ni dan tak benarkan dia balik rumah. Ni rumah aku, berdosakah aku?

Aku dah tak boleh tengok muka dia. Dia dah la dia buruk, hitam, gemuk, buncit, hodoh tapi aku masih redha untuk terima dia.
Aku perlukan ketenangan…..

Ikhlas dari;
Isteri yg tak dihargai

Apa Pendapat Anda ? Share n like facebook page kami @LimauMadu

Sumber KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*