‘Gadis Cantik Ini Menjulang Nama Malaysia Di US’, Rupanya Bukan Calang-Calang Anugerah Yang Gadis Ini Perolehi

‘Gadis Cantik Ini Menjulang Nama Malaysia Di US’, Rupanya Bukan Calang-Calang Anugerah Yang Gadis Ini Perolehi

Malaysia sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila gadis tempatan Nurul Jannah Zamberi, 23, dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan n eWarta Mara, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.

Malah Nurul Jannah memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award.

“Beliau juga berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” kata laporan terbabit.

Untuk makluman, Sebelum ini, seorang lagi anak tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00

Apapun tahniah diucapkan kepada Nurul Jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*