“Terima Kasih, Terima Diri Ini Seadanya..” Ex Da’i Farhan K4hwin Lelaki Muda??

Selepas p4nas dengan imej terbaharunya yang dilihat sudah tidak lagi bertudung dan berambut ‘blonde’, bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin dikatakan sudah berkahwin dengan seorang lelaki muda.

Menerusi kenyataan terbaharunya di dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentuanya kerana menerima dia seadanya.

Malah dia memberitahu dia bersama yang dipercayai suaminya kini sedang menyiapkan rumah baru mereka.

“My in-law familia. Terima kasih mak, kakak-kakak, adik-adik sepupu sepapat yang datang tolong bagi siap rumah kami ni..

“Dan terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Terima kasih atas segala kasih sayang ini…,” tulisnya.

Menerusi entri itu menunjukkan ramai sedang mengemas rumah serta seorang lelaki muda yang didakwa suaminya sedang mengecat rumah.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan ucapan tahniah.

“Alhamdulillah Tahniah,” ucap salah seorang warga maya

“Alhamdulillah..Doa yang baik-baik terus melangkah semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa…,” komen salah seorang pengikutnya

“Puan Erin lebih terbuka dan happy dengan perkahwinan kali ni. Impian setiap wanita bila berkahwin adalah dapat suami yang boleh terima dan faham diri pasangan dia juga keluarga terutama mertua. Semoga berkekalan,” doa salah seorang netizen.

Menerusi entri terdahulu, Dr Erin dilihat berkongsi mesra fotonya bersama seorang lelaki muda dan kacak yang difahamkan seorang model.

Namun sehingga kini dia hanya memberi bayangan bahawa lelaki itu suaminya.

Baru-baru ini perkongsian Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik fotonya tidak bertudung.

Terbaru, Dr Erin dilihat berkongsikan gambar swafoto secara dekat di Instagram miliknya. Wanita berusia 42 tahun itu seolah mampu berdepan kepayahan dan tetap berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.

Perkongsian Erin itu sekaligus mengejutkan ramai yang tampil menegur bekas isteri pendakwah itu yang sebelum ini pernah bertudung labuh. Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan ‘aura ke-19 sudah hil4ng’.

Meskipun ramai yang mengecamnya, namun ada segelintir pengikut mendoakan agar wanita itu kembali ke jalan yang benar apatah lagi umur sudah pun semakin meningkat.

Terdahulu, Erin berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat wajib dan sunat. Kata Erin lagi, selagi dia berada di dalam landangan rukun Islam dan Iman, dia tidak akan lupa diri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*