Sangat Comel! Intan Ladyana & Harris Alif Umum Nama Cahaya Mata Sulung

Pada Januari 2022, Pelakon, Intan Ladyana dan suami Harris Alif telah selamat menimang cahaya mata perempuan.

Umum Nama Cahaya Mata Sulung

Setelah berbulan berteka-teki, Intan dan Harris telah mengumumkan nama buat cahaya mata sulung mereka.

“Salam Ramadhan. Dari kami, Harris, Intan & baby Evie Khadeeja”-Intan Ladyana

Peminat & Rakan Selebriti Luah Rasa Teruja

Di ruangan komen hantaran Intan, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Nabila Huda, Hatta Dolmat, Faralyna Idris dan ramai lagi berkongsi rasa teruja melihat wajah comel Evie Khadeeja malah ada yang berpendapat wajah Evie mirip dengan bapanya, Harris Alif.

“Salam ramadhan Intan & Family. Assalamualaikum baby Evie Khadeeja”-Faralyna Idris

“Alololo cutenyaaa!!”-Nabila Huda

“Ya Allah Comelnya.”-Sherry Al-Hadad

“Cute nya.”-Hairul Azreen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by INTAN LADYANA (@intanladyana)

s3kadar info, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard ketat di Jabatan Agama Wilayah Pers3kutuan (JAWI) dengan s3kali lafaz.

Dalam majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barangan kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*