Warganet Terpegun Lihat Kereta Mini Tamiya Ini Bergerak ‘Sepantas Kil4t’

Bagi kanak-kanak yang membesar pada tahun 1990an pasti sudah cukup kenal dengan model kereta mini 4WD Tamiya yang dipopularkan oleh animasi ‘Dash! Yonkuro’. Pada waktu itu boleh dikatakan setiap orang pasti memiliki sebuah model Tamiya di dalam biliknya.

Selepas hampir lebih 30 tahun, model kereta mini Tamiya kini ‘digilai’ oleh golongan dewasa dengan modifikasi yang sangat teknikal sehingga membolehkan kereta mini itu boleh bergerak pada kelajuan yang luar biasa — hil4ng dari pandangan — sejurus diletakkan di dalam litar pelumbaan.

Baru-baru ini satu video daripada akaun TikTok @Thanwa415 dari Thailand telah mencvri perhatian warganet apabila kereta mini Tamiya yang dirakam gagal dikesan kerana ia bergerak sangat laju.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Video tersebut baru sahaja dikongsikan pada tiga hari lalu, bagaimanapun jumlah tontonnya sudah mencapai lebih 5.5 juta, 380,000 tanda suka dan dua ribu komen daripada pengguna TikTok dari seluruh dunia.

Rata-rata ramai meluahkan perasaan kagum apabila melihat kereta mini Tamiya bergerak sangat laju sehinggakan lelaki tersebut gagal menangkap semula kereta itu dengan menggunakan kain bagi mengelakkan tangannya terced3ra.

Pada masa sama warganet turut mengimbau kembali pengalaman bermain kereta tersebut sewaktu mereka masih kecil. Ada yang bermain sehingga enjin terb4kar, sanggup kotorkan pakaian s3kolah untuk bermain di dalam ‘litar longkang’,  bina sendiri litar menggunakan simen dan pasir dan sanggup tidak makan semata-mata mahu memenuhi kepuasan permainan hobi ini.

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan, ternyata kereta mini Tamiya telah menjadi satu hobi yang diterima oleh seluruh dunia sehingga wujud satu komuniti yang saling berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan kereta Tamiya mengikut minat masing-masing.

Jika anda berasa teringin untuk kembali bermain Tamiya atau mahu menghadiahkan kepada anak sendiri atau anak saudara, atau mahu mencari kelengkapan Tamiya bolehlah dapatkan pelbagai jenis model Tamiya melalui pautan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : the vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*