“Kekal Kuat Abang Lan”- Nora Ariffin Titip Doa Buat Roslan Aziz

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menitipkan doa dan ucapan kepada produser dan penerbit terkenal industri hiburan negara, Roslan Aziz menerusi muatnaik terkininya di Instagram.

Doa Agar Roslan Kekal Kuat

Menerusi hantaran Nora di media sosialnya, penyanyi bersuara emas ini meluahkan rasa terkejut dan sed1h mendapat perkhabaran bahawa produser terkenal tersebut kini sedang bertarung nyawa melawan k4nser yang dihadapinya.

“Tolong kekal kuat abang Lan.

ROSALN AZIZ adalah figura yang telah menggabungkan saya dan Dato Sheila Majid dalam lagu JENTAYU.

Saya tumpang sed1h dan terpanggil bila mendapat tahu abang Lan sedang diuji dengan k4nser. Allahuakbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri dan artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu.” titipnya

via Instagram Datuk Nora Ariffin

Dedah Orang Kuat Disebalik Lagu Jentayu

Mengimbau kembali disebalik pembikinan lagu popular Jentayu yang pernah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 itu, Nora mendedahkan Roslan merupakan produser bagi lagu tersebut dan oleh kerana idea kreatif Roslan, Nora berpeluang berduet bersama Dato Sheila Majid.

“JENTAYU sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996. Ramai yang tahu kejayaan dan kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid dan arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi dan lirik oleh ayahanda Dato Dr Usman Awang.

Hebat lagu ni. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif dari saudara Roslan Aziz dan Johan Nawawi.

ROSLAN AZIZ adalah produser untuk lagu ini. Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dengan Dato Sheila Majid. Dia juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihorm4ti oleh arw4h Johan dan semua rakan-rakan industri.” tulisnya

Arw4h Suami Sangat Menghorm4ti Roslan

Dalam pada itu, Nora juga berkongsi bahawa arwah suaminya komposer, Johan Nawawi sangat menghorm4ti Roslan dan mengagumi produser berbakat tersebut.

“Arw4h Johan cukup hormat dengan Roslan” dedahnya

via Instagram Datuk Nora Ariffin

Di akhir penulisannya, Nora tidak putus menitipkan doa agar produser berbakat ini kekal kuat melawan peny4kit yang dihadapinya dan kembali pulih seperti sedia kala.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*