Wow! Pelitup muka mampu ‘angkat’ mesin potong rumput buat ramai terpegun, bik1n pan4s kaitkan isu mask ‘hauk’

“YANG tiada cop MS Sirim lagi kuat daripada yang ada.”

Demikian komen netizen menerusi satu perkongsian video di laman sosial yang menonjolkan ‘kekuatan’ tali pelitup muka yang dijual pada harga lebih murah di pasaran.

Keupayaan pelitup muka RM6 buatkan netizen terhibur.

Ia s3kali gus memaparkan pelitup muka yang berharga murah dan disifatkan sebagai ‘hauk’ lebih berkualiti berbanding produk berjenama.

Walaupun videonya beraksi kaku, namun disaksikan lebih 1.2 juta tontonan selain turut dikongsi di beberapa platform lain.

Video berdurasi 17 saat itu cuba menunjukkan sejauh mana kualiti dan kekuatan tali pelitup muka yang dibeli pada harga RM6 s3kotak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Keupayaan pelitup muka RM6 buatkan netizen terhibur.

Pemilik akaun berkenaan menggunakan pelitup muka itu bagi mengangkat beberapa barang berat seperti kelapa, malah mesin pemotong rumput!

Malah kapsyen ‘cintaku padamu s3kuat mask RM6 per kotak dari Shopee’ yang ditulis bersama video itu turut menarik perhatian.

Jovian memuat naik kenyataan menjelaskan isu 'hauk'.

Penjelasan Jovian berhubung isu pelitup muka ‘hauk’.

Aksinya itu dikaitkan dengan isu panas membabitkan usahawan yang juga pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berhubung kenyataannya mengenai pelitup muka ‘hauk’ ketika isu cop MS Sirim sebagai perakuan pelitup muka hangat diperkatakan.

Turut tular adalah video ‘tutorial’ yang menyaksikan pelitup muka keluaran Jovian terputus sebanyak dua kali ketika bersiaran langsung bersama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Walaupun menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu telah tampil memberi penjelasan tentang maksud sebenar ‘hauk’ yang digunakannya sebelum ini bagi merujuk kepada produk tiruan keluarannya, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerimanya.

Pelitup muka jenama Jovian yang digunakan Siti Nurhaliza semasa siaran langsung terputus.

Pelitup muka yang digunakan Siti Nurhaliza semasa siaran langsung terputus.

Menerusi ruangan komen, video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok @HadreyAli dikaitkan dengan pelitup muka keluaran pereka fesyen itu sebagaimana yang tular.

Kebanyakan mereka memetik nama Jovian selain turut mengaitkan perkataan hauk, Sirim dan Siti Nurhaliza.

Antara kata-kata lain yang diucapkan adalah ‘Jovian menangis tengok ni (video @HadreyAli)’.

Ni baru betul mask tak hauk.

NETIZEN

“Beli mana bang? ada cop Sirim ke tu?

“Ni baru betul mask tak hauk.

“Yang ada Sirim pun tak mampu s3kuat cinta ni.

Beberapa netizen membuat jenaka di komennya.

Antara jenaka netizen di ruangan komen.

“Patut Datuk Seri Siti Nurhaliza cuba pelitup muka ni dulu,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi popular itu meraih lebih 104,400 tanda suka selain dikongsi lebih 10,800 individu.

Ia juga turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain termasuk Twitter, Youtube dan Facebook.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*