“Selamat Hari Ibu Mak”- Hati Anita Baharom Luluh, Ibu Men1ngg4l Pada Syawal Kelima

Ramai antara kita yang masih mempunyai ibu meraikan sambutan Hari Ibu semalam, 8 Mei 2022.

Namun situasi perit dialami pelakon Anita Baharom apabila ibunya, Wirmah Aminah Bee menghembuskan nafas ter4khir pada 6 Mei lalu. Hal tersebut dikongsi Anita menerusi akaun Instagram miliknya.

“Selamat Hari Ibu Mak, Ita rindu Mak,” – Anita Baharom

Coretan itu disertakan bersama foto Anita mencium tangan Allahyarham ketika hayatnya masih dikandung badan.

Foto via Instagram Anita Baharom

Sementara dalam dua entri sebelumnya, Anita terlebih dahulu telah memaklumkan tarikh pem3rgian dan lokasi Allahy4rham dikebumikan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mak Ita dah tiada. Wirmah Binti Pawanchee, Al-Fatihah. Jen4zah di Taman Orkid Fasa 4 Sungai Petani.

“Syurga Ita dah tak ada Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana. Ita sayang Mak dunia akh1rat. Kita jumpa di sana ya Mak. Semoga Mak dapat jumpa Abah dan Ismadi, kami rindu Mak.

“Al-Fatihah Wirmah Binti Aminah Bee, 16 Disember 1948 – 6 Mei 2022,”- Anita Baharom

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut Anita bersama beberapa rakan selebriti mengucapkan t4kziah dan memberi kata-kata semangat kepada Anita. Ada juga antara mereka yang memahami peritnya rasa kehil4ngan insan tersayang.

“Salam takziah, dugaan, sabar ya,” – Mona Allen

“Inalillahiwainailahirojiun… besar dugaan Ita. Ita kuat okay. T4kziah Ita, Abang Zul dan keluarga,” – Amar Baharin

“Salam T4kziah,” – Feeya Iskandar

Foto via Instagram Anita Baharom
Foto via Instagram Anita Baharom

Terdahulu, Anita diuji dengan pem3rgian suaminya, Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham, Anita ditinggalkan bersama tiga cahaya mata Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*