Kejvtan Hari Lahir, Raisuddin Terg4mam Jumpa ‘Kembar’ Arw4h Anak

IMPIAN Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahy4rham Siti Sarah tercapai apabila dia dipertemukan dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arw4h, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada famili dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah.

“Terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di ruangan kapsyen pada Selasa.

Makder dan Uwais bersama wanita mirip arw4h Siti Sarah bernama Emy.

Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raisuddin dilihat terkejvt apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arwah.

Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Ya Allah memang sama. Saya menang1s tengok video ni. Allahuakbar sedihnya terlalu rindu arw4h.

“Saya menang1s masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama.

“Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arw4h. Anak arw4h Uwais pun mampu tengok saja,” tulis netizen.

Foto kenangan arw4h Siti Sarah bersama suami, Shuib dan anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembvskan naf4s terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0vid-19.

Allahy4rham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Pemergian penyanyi terkemuka, Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin merupakan satu kehilangan yang besar buat industri seni hiburan negara.

Bukan sahaja bersandarkan profil hebat sebagai penyanyi, malahan dia juga dikenang dan menjadi perbualan hang4t sahabat karib kerana hubungan baik yang dijalinkan serta sikap yang rajin bersedekah.
Dia men1nggal dunia pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 5.13 pagi, selepas mend3rita komplik4si wab4k Covid-19.

Arw4h yang berkahwin dengan pelawak Shuib Sepahtu, meninggalkan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang dilahirkan pada minggu lalu.

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga Siti Sarah dan Shuib. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

KREDIT: MSTAR. https://iluminasi.com/

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*