Mulan Jameela Melu4hkan Rasa Teruja Melihat Perubahan Fazura Setelah Enam Tahun Tidak Berjumpa

Selebriti sens4si Indonesia, Mulan Jameela menzahirkan rasa teruja selepas berkesempatan untuk bertemu dengan pelakon terkenal, Nur Fazura di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Mulan atau nama sebenarnya Raden Wulansari, dia sememangnya teruja melihat penampilan terkini Fazura selepas kali terakhir mereka bertemu sekitar enam tahun yang lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1)

“Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah setelah enam tahun tak bertemu, akhirnya dapat berjumpa dalam keadaan yang sangat berbeza ya sis Fazura.

“Makin cantik dengan hijab brand Fazura yang semakin meletup di Malaysia dan saya beruntung dapat hadiah hijab. Saya suka. Nanti saya riview hijabnya ya sayang.

“Semoga selalu melimpah kebaikkan dari Allah SWT. Allahuma Amin,” tulisnya.

Momen pertemuan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Teman Tapi Mesra itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Malah, Wulan juga turut tumpang bangga melihat perkembangan Fazura yang kini semakin sukses dengan bisnes tudung keluarannya sendiri.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Fazura sempat berseloroh meminta Wulan memakai tudungnya itu ketika menghadiri persidangan parlimen di Indonesia nanti,

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat perkongsian tersebut selain turut memuji hubungan akrab dua bintang ternama itu.

“MasyaAllah cantiknya dua-dua ni. Muka ada iras sama.

“Dulu minat sangat dengan lagu Mulan Jameela ni. Dua-duanya cantik sangat.

“MasyaAllah TabarakAllah dua-dua cantik, dua-dua comel dan dua-dua dah berhijab. Tiba-tiba seb4k hati tengok. Love semua lillah.

“Macam kembar dah sis,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Selain bergelar selebriti, Mulan juga merupakan seorang ahli politik yang kini memegang jawatan selaku anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mulan Jameela.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*