“Ubah Macam Megan Fox Pun Ibu OK” – Ernie Zakri Masih Konfius Melihat Perubahan Muka Anak

Ramai yang begitu teruja dengan kelahiran anak dari pasangan romantis Ernie Zakri dan juga Syamel. Sudah pasti anak yang diberi nama Nur Khawla Soleha ini menjadi pelengkap dalam rumah tangga pasangan ini.

Raya Pertama Buat Khawla

via Instagram Ernie Zakri

Tidak lengkap s3kiranya pasangan artis tidak berkongsikan foto bersama keluarga di hari Raya. Meninjau di Instagram milik Ernie Zakri, dia ada berkongsikan foto keluarga bersama Syamel dan anaknya, Khawla.

Tulisnya, tahun ini merupakan Raya pertama buat Khawla dan suaminya sebagai seorang ayah.

Raya pertama buat Khawla dan Daddy Ibu. Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin

Termenung Melihat Perubahan Muka Anak

Di Instagram Story Ernie, dia ada berkongsikan kepada peminat mengenai dirinya yang masih termenung melihat muka Khawla samada mengikut mukanya ataupun muka Syamel.

Baginya, dia tidak kisah perkara tersebut meskipun muka anaknya berubah seperti Megan Fox dan asalkan anaknya itu sihat, tenang dan baik hati.

Ajar Anak Menangis Menggunakan Head Voice

via Instagram Ernie Zakri

Tambahnya lagi, perkembangan terbaru Khawla adalah dia sudah pandai berborak, mengeluarkan suara yang kuat dan suka ketawa.

Ernie sempat berseloroh dengan menyatakan anaknya mempunyai ‘projection’ suara yang jelas dan Ernie mahu mengajar anaknya men4ngis menggunakan ‘head voice’ supaya suara anaknya tidak serak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*