[VIDEO] “Sweetnya!” – Layanan Pemuda Ini Terhadap Ibunya Bak Princess Tarik Perhatian Netizen

Kasih sayang seorang ibu kepada anak tiada tolak bandingnya. Namun hari ini berapa ramai yang dapat kita lihat anak-anak yang membalas jasa ibu dan bapa mereka?

Setiap orang mungkin ada caranya tersendiri untuk membalas jasa dan membahagiakan ibu dan bapa mereka. Ada yang menghadiahkan harta benda dan ada juga yang memberikan layanan sepenuh jiwa.

Baru-baru ini tular di media sosial dengan satu video yang menunjukkan seorang pemuda membawa ibunya ke bazar ramadan.

Rakaman yang dikongsikan semula oleh salah seorang pengguna Twitter ini telah meraih 8,000 retweets dan 98,000 tontonan.

Menerusi video berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan seorang pemuda yang membawa ibunya ke bazar ramadan dengan menaiki motosikal.

Dalam rakaman itu, cara layanan pemuda itu kepada ibunya cukup menyentuh perasaan penonton. Malah ibunya cukup ‘sempoi’ melayan karenah anaknya itu. Comel habis!

Menerusi laman Instagram pemilik asal video ini, Rajazuladiy ada beberapa video yang jelas menunjukkan pemuda ini memang cukup menyantuni ibunya. Anak soleh!

Rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut memuji pemuda ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Kenapa aku nangis..”

“Aku harap dia dapat isteri yang sama-sama sayang mak dia macam dia sayangkan mak dia”

“Saya kagum dengan anak lelaki yang layan mak dia macam puteri raja.”

Apa-apa pun selagi ibu dan bapa kita masih ada, hargailah mereka, sentiasalah luangkan masa bersama mereka supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber: zzrqz / rajazuladiy via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*