“Ya Allah kau selamatkanlah adik aku, Jefri” – Afdlin Shauki

“Ya Allah kau selamatkanlah adik aku, Jefri” – Adik Afdlin Shauki terlibat dalam kem4langan

PELAKON Datuk Afdlin Shauki memberitahu adiknya, Jefri Adzman Aksan mengalami pend4rahan otak selepas terlibat dalam kem4langan pada Ahad.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 48, memohon orang ramai mendoakan adiknya selamat menjalani pembed4han pada pukul 6.30 petang.

“Ya Allah kau selamatkanlah adik aku Jefri yang baru sahaja ditimpa kem4langan tadi. Dia akan masuk ke pembed4han pukul 6.30 petang ini untuk membuat pembed4han di otaknya.

“Dia adalah adik yang terbaik yang mana-mana abang akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala.

Afdlin mohon doa agar adiknya pulih sediakala.

“Aku hambamu yang hin4 memohon padamu ya Allah… Selamatkanlah beliau!” kata Adflin menerusi laman Instagramnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial Afdlin turut mendoakan agar adiknya selamat menjalani pembed4han.

Dalam pada itu, Afdlin turut meminta rakan-rakan serta saudara-mara mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan adiknya pulih seperti sediakala.

“Kepada semua kawan-kawan dan saudara-mara, tolonglah doakan beliau pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

“Jef kena kuat! Awak boleh lakukan dik! Awak kuat! Kuat daripada saya! Tolong doakan sahabat!” ujarnya.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*