3 Keping Foto Emma Maembong Pakai ‘Pink’ Meraih Lebih 144 Ribu Suka

Memang menjadi luar biasa kerana dengan hanya berkongsi tiga keping foto saja, posting di Ruangan Instagram milik pelakon cantik ini meraih ribuan tanda suka. Emma Maembong sememangnya memiliki ramai peminat malah bakat selebriti ini dalam lakonan sentiasa menerima pujian ramai.

Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapa Emma berketurunan melayu manakala ibunya pula dari scotland. Ibu dan bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal bersama  dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis dan beliau juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong. Adik Emma iati Chaca dan kakaknya Yaya juga seorang pelakon. Pada tahun 2014 Emma mula bertudung.

Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan banyak melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak pelbagai kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak mampu  berjalan Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.

Pada hujung Januari 2019, Emma telah mencipta kontroversi hangat apabila dirinya menjadi tular di seluruh platform Internet dan media sosial kerana membuat keputusan untuk membuka tudungnya setelah 5 tahun mengenakannya berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang menteri yang mengakibatkan dirinya dikritik dan dikecam hebat oleh netizen dan peminat yang kecewa akan keputusannya itu. Namun begitu, penampilan Emma sekarang telah dapat diterima ramai dan netizen tidak lagi membahas hal itu lagi.

Emma mengenakan solekan simple dan berbaju pink, Emma menerima pelbagai pujian ramai sehingga hampir seribu komen ditinggalkan buatnya. Walaupun nampak simple tetapi Emma kelihatan sangat comel.

sumber: instagram emma maembong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*