Pengantin Selamba Jer Lepak Makan Di M cD Tarik Perhatian Semua

Pernikahan dimulai dengan lafaz persetujuan oleh pengantin lelaki di hadapan saksi pihak pengantin perempuan. Majlis ini biasanya disertai oleh kaum kerabat terdekat kedua belah pihak mempelai. Pengesahan suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis (sijil nikah) yang mencatatkan pernikahan ditandatangani.

Upacara pernikahan biasanya merupakan acara yang dilangsungkan berdasarkan adat-istiadat setempat, dan kesempatan itu diraikannya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Wanita dan lelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacara itu selesai, mereka dinamakan suami dan isteri dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Setelah seharian menjadi ‘raja sehari’, kadang kala tidak sempat bagi mengisi perut lapar selepas sibuk melayani para tetamu yang dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan.

Begitu terjadi kepada pasangan pengantin baru ini apabila mengambil keputusan untuk singgah di sebuah restoran makanan segera di Gopeng, Ipoh.

Menjelang waktu petang pula, pasangan pengantin mula melakukan ‘photoshoot’ di lokasi pilihan bagi mendapatkan gambar terbaik mereka. Dah tu, bila pula nak makan ni?

Lepas akad nikah, terus pergi McD!

Apabila gambar dia dan suaminya tular di media sosial, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Anis itu turut memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter miliknya ketika menikmati juadah di sebuah restoran berkenaan.

Saya dah selamat bergelar Puan!

Menerusi status tersebut, mereka yang lengkap dengan berpakaian pengantin serba putih kelihatan sedang beratur untuk membeli menu pilihan sebelum duduk berdua di meja makan.

Tapi jangan salah faham…

Kelihatan posting berkenaan mengundang perhatian semua warganet bagi memberikan komen yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu dan berharap mereka berdua kekal bahagia hingga ke syurga.

Tahniah! Semoga berkekalan

Dua2 sama cantik sama padan!

Oh ini la yang tular lepas kahwin pergi McD tu yer!

Ada Komen komen yang Lucu dari warganet…”Makan beradab ke?”

Nak cuba ayam 3x pedas kot?

Apa apa pun min mengucapkan selamat pengantin baru buat mempelai ini. Semoga kekal ke syurga dan mendapat zuriat yang comel comel..

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: kecohbetu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*