‘Adik manis’ ni tak perasan katanya Ada Camera dan ini sebenarnya Berlaku

“SAYA tidak perasan langsung ada kamera sedang merakam kerana asyik berbual dengan rakan dan keadaan ketika itu sangat sibuk.”

Itu penjelasan Nur Dahlia Ahmad Rizal, 18, yang tular di media sosial selepas wajahnya muncul selama beberapa saat ketika Buletin Utama TV3 bagi perbicaraan kes SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri N4jib Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

Pelajar tahun satu jurusan undang-undang di kolej swasta di ibu negara itu berkata, dia hadir ke mahkamah ketika itu kerana perlu mengikuti mana-mana prosiding sebagai salah satu tuntutan dalam kursusnya.

“Saya datang untuk mengikuti prosiding mahkamah dan berniat untuk mendengar sendiri perbicaraan terhadap N4jib memandangkan kes berkenaan mendapat perhatian umum.

“Malangnya bilik mahkamah itu sudah penuh dan prosiding hampir tamat. Jadi, saya buat keputusan untuk turun ke lobi. Namun, ketika saya menunggu lif, kebetulan prosiding Najib berakhir dan kami perlu tunggu sehingga beliau turun sebelum dapat menggunakan lif.

“Ketika itulah gambar saya dirakam dan saya hanya tahu mengenainya selepas rakan memaklumkan wajah saya keluar pada slot Buletin Utama di TV3 malam itu (kelmarin),” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Visual berkenaan mencecah 200,000 tontonan dia Instagram milik Nur Dahlia selain lebih 10,000 tanda suka di Facebook dan dikongsi lebih 500 warganet.

Selain itu, visual berkenaan turut menimbulkan andaian warganet bahawa Nur Dahlia mempunyai kaitan dengan perbicaraan berkenaan, namun gadis itu menegaskan dia hanya berada di tempat dan masa salah.

Katanya, dia tidak menyangka akan menjadi perhatian jurukamera berkenaan kerana ketika itu terdapat ramai orang awam dan wakil media.

“Saya fikir jurukamera itu fokus pada Najib kerana beliau adalah subjek ketika itu. Namun, tidak sangka sangat-sangat saya pula dirakamnya.

“Bagaimanapun, saya hargai usaha jurukamera itu sehingga membuatkan saya tular di Facebook dan sosial media lain seperti Twitter dan Instagram,” kata gadis kacukan Cina dan Arab itu.

Katanya, membaca komen warganet mengenai perkara itu membuatkannya terhibur kerana pelbagai pujian diberi khususnya membabitkan raut wajahnya yang cantik.

“Ada yang puji saya seperti pelakon sinetron dan macam-macam lagi. Tapi percayalah saya hanya manusia biasa yang dipinjamkan rupa paras sama seperti kebanyakan orang di luar sana.

“Namun, Alhamdullilah atas segala pujian dan doa baik daripada warganet. Semoga Allah SWT membalas jasa mereka semua dengan 1001 kebaikan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*