BBNU (Budak Baru Nak Up) Tayang Kereta Mewah, Baby Ke-2 Naim Daniel “Sekssi Teruk!”

  • SELEPAS penyanyi Ismail Izzani dan Haqiem Rusli berkongsi kereta mewah masing-masing di Instagram, kali ini tiba pula giliran Naim Daniel berbuat demikian!

Menurut Naim, 21, kereta berwarna hitam itu merupakan kenderaan kedua yang dibeli olehnya.

Menerusi laman tersebut, penyanyi lagu Sump4h itu memuat naik foto bersama kereta jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger.

Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian Naim itu dan mengucapkan tahniah dengan rezeki tersebut.

Second baby. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram pada Isnin.

Ramai peminat turut menyukai kereta yang dibeli oleh Naim ini.

“Tahniah… nak tumpang boleh?

“Bukan biasa-biasa, nampak hebat macam kamu. Sekss1 teruk!,” komen pengikut.

“Alhamdulillah, terbaiklah Naim… tahniah untuk baby kedua ini.

Hasil carian di laman rasmi Ford Malaysia mendapati kereta tersebut dijual bermula pada harga RM199,000.

Pengikut meninggalkan komen memuji kereta baharu Naim Daniel.

Penghujung Jun lalu, penyanyi Ismail Izzani berkongsi keterujaan bakal memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes.

Tidak mahu kal4h, pada minggu lalu penyanyi Haqiem Rusli turut bergambar dengan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dia memuat naik beberapa rakaman video sesi pandu uji kereta mewah berwarna putih itu sehinggakan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya itu kelihatan seperti Haqiem baru sahaja memiliki kereta jenama Range Rover berwarna putih.

Selepas Mitsubishi Lancer, adakah kereta Range Rover putih ini kereta baharu Haqiem Rusli?

Free tonight?” tulisnya.

Menerusi kapsyen, Haqiem seperti memberi bayangan bahawa kenderaan itu adalah miliknya dan mengajak peminat keluar bersama pada malam itu.

Malah, rata-rata pengikutnya menyangka ia kereta baharu yang dimiliki penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Haqiem memad4m kapsyen tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*