Ketika ditemui selepas usai rakaman program terbabit, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini sendiri tidak tahu sebab spesifik apa yang membuatkan dia berasa sedih ketika berdoa soal jodoh.
“Bakal pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semua pihak. Sehinggakan siapa pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semua orang,” katanya yang bakal berlepas menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos ini.
“Saya sendiri pun tak tahu mengapa doa terbabit sangat mengusik hati saya. Tetapi, sebab saya sering berdoa mengenai perkara itu adalah kerana saya mahu membuatkan semua orang senang dan bahagia.
Selain Neelofa, tetamu lain yang turut membuat perkongsian Naura Shares edisi haji ialah dua selebriti lain iaitu Atu Zero, Adam Corrie serta pasangan yang mencatat rekod berbasikal ke Makkah, Ahmad dan Adilah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press
Leave a Reply