Betul-Betul Kaya Atau Sekadar Bergaya Kaya? Realiti Artis Malaysia

KEHIDUPAN artis itu ada pasang surutnya, bukan setiap masa mereka berada di puncak kejayaan dan mendapat tawaran berlakon mahupun menyanyi.

Kita juga sering kali membaca laporan media menceritakan kehidupan artis yang gah di dada-dada akhbar atau media sosial, sebaliknya itu bukanlah kehidupan mereka yang sebenar.

Malahan peluang yang ada itu hanya sementara, Sebab itu ada antara mereka menjadikan tempoh popular ini sebagai batu loncatan untuk kehidupan lebih cerah pada masa hadapan.

Perkara itu diakui pelakon veteran, Jalil Hamid berkata, kekayaan seseorang artis itu diukur pada zaman popularitinya sahaja, bukan sepanjang masa.

“Artis ini macam harimau, hari ini dia dapat makan kerbau tetapi esok lusa dia belum tentu dapat makan kerbau lagi.

Menurutnya, golongan artis kena sentiasa beringat bahawa dunia popular hanya sementara sahaja kerana ia tidak akan kekal.

“Bila zaman bertukar, dia sudah tidak mampu tangk4p kerbau lagi. Apatah lagi dalam keadaan usia bertambah dan populariti semakin menurun,” katanya.

“Bersederhanalah dalam kehidupan dan jangan r1ak dengan kekayaan yang ada kerana ia tidak akan kekal selamanya,” katanya.

“Bila dah popular semua benda nak tvnjuk… kereta besar, rumah besar, duit banyak pun nak tvnjuk dengan orang.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Camar Yang Pulang,’ Aishah berkata, setiap orang mempunyai rezeki sendiri dan berbeza-beza pendapatan.

“Kami pun macam orang lain yang bekerja sendiri, selalunya tiada majikan.

”Jadi, golongan artis kena pandai urus kewangan sendiri dan bijak berbelanja,” katanya.

Dalam pada itu, berlainan nada dengan Mila Jirin yang mempert1ka1kan tindakan artis yang suka menvnjuk-nvnjuk di media sosial berkata, tindakan mereka ini akan mengundang persepsi negat1f.

Menurutnya, budaya berlumb4-lumb4 untuk mempamerkan kekayaan di media sosial kini semakin par4h dalam kalangan artis.

“Saya melihat ramai yang suka menvnjuk-nvnjuk pakaian mereka, kereta, rumah dan beg tangan mahal mereka di media sosial.

“Untuk apa kita tunjukkan kekayaan pada orang? Adakah ia dapat memberi sumbangan kepada ummah?,”soalnya.

Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, sikap r1ak dan menvnjuk-nvnjuk itu dikhuatiri akan memakan diri.

“Dari segi aspek keselamatan amat berbah4ya kerana ia akan menyus4hkan diri sendiri juga,” katanya.

Ini adalah sebahagian pandangan artis yang pernah mewarnai industri hiburan kita sebelum ini.

Benarkah kata-kata mereka? Atau anda juga ada pandangan sendiri?

Ikuti Wacana Sinar Harian 118 yang bertajuk Realiti Kehidupan Artis: Betul-betul Kaya atau Sekadar Bergaya? yang akan diadakan 23 Julai ini pada jam 2 petang di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Wacana kali ini bakal menampilkan tiga personaliti hiburan iaitu, pengarah, Datuk Yusof Haslam; pelakon, Norman Hakim dan penyanyi, Ifa Raziah.

Menariknya wacana kali ini akan dikendalikan moderator Saharudin Musthafa dari Asstro Awani.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*