Erra, Shahir Tiada Jodoh; Ini Yang Berlaku

SETELAH pelbagai khabar angin yang diperkatakan tentang hubungan cintanya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sebelum ini, akhirnya Erra Fazira mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Erra sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, dia dan Shahir telah membawa haluan masing-masing sejak Januari lalu namun masih berhubung sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan ALLAH itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun ALLAH tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya dipetik dari laporan tersebut.

Erra sebelum ini mengaku berkawan baik dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sejak empat tahun lalu.

Bagaimanapun pengacara program Talk Show Mingguan Wanita ini tidak berkongsi tentang punca perpisahan mereka, sebaliknya menganggap apa yang berlaku kerana tiada jodoh antara mereka.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra Fazira.

Dalam perkembangan lain, Erra bakal ke Tanah Suci pada hujung bulan ini untuk menunaikan ibadah Haji.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*