“Kalau Ada, Adalah…” Remy Ishak Alami Krisiss Pertengahan Umur Berseorangan

DALAM usia mencecah 37 tahun, bagi kebanyakan lelaki akan berdepan dengan situasi dipanggil ‘kr1sis pertengahan umur’ dan perkara itu turut dilalui aktor popular Remy Ishak.

Malah andai ditanya Remy mengenai soal jodoh kepadanya, ia pasti akan memberikan tek4nan.

“Sekarang ini saya sedang berdepan dengan ‘kr1sis pertengahan umur’. Banyak perkara perlu saya lakukan. Susun perjalanan hidup terutama membab1t­kan soal kewangan.

“Sus4h sebenarnya kalau hendak bercakap me­ngenai jodoh ini. Pada saya biarlah ia datang dengan sendiri. Kalau ada, adalah.

“Perkara ini pada saya agak penting kerana apabila sudah berkeluarga nanti, mereka akan berasa selamat dan terjamin hidup bersama,” katanya.

Kata Remy yang bakal muncul dengan filem Sang­kar beraksi di samping Zul Ariffin, sebagai lelaki sejati, dia mengharapkan apabila usianya mencecah 40 tahun dia sudah memiliki segala-galanya.

“Kahwin memang mudah, tapi hendak melaksanakan tanggungjawab itu paling penting. Apabila sudah berkahwin kita harus jaga manusia. Kita harus memikirkan masa depan, terutama keluarga yang dibina.

“Saya rasa perkara ini penting kerana apabila sudah berumah tangga nanti tidaklah isteri bis1ng minta susu anak tidak ada. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam hidup berumah tangga.

“Memanglah saya boleh fikir diri sendiri saja, tetapi itu penting diri namanya. Tambahan pula umum tahu kerja sebagai pelakon ini bukanlah kerja tetap dan saya tidak semesti­nya sampai bila-bila akan ditawarkan watak utama,” katanya.

Menurutnya, kalau dinilai usianya mungkin pada 10 tahun akan datang rambutnya sudah beruban dan dalam situasi itu pasti tidak sesuai lagi untuk dia menjayakan watak hero yang digambarkan sebagai pelajar kolej.

“Kalau ada pun watak untuk saya ketika itu adalah sebagai bapa, itupun watak bapa juga semakin berkurangan. Saya akui seronok bergelar pelakon, malah dalam diam sebenarnya sudah 15 tahun menjadi anak seni.

“Bayangkan kalau tawaran semakin kurang, bagaimana saya hendak menanggung perbelanjaan keluarga. Benar rezeki setiap hamba-Nya sudah ditetapkan, tetapi saya bakal bergelar ketua keluarga harus juga bersiap sedia,” katanya.

“Cuma dalam melayari hidup sebagai pelakon ini, dalam banyak kelebihan ada kekurangannya, jadi saya harus bijak mempertimbangkan dari semua sudut, apatah lagi sekiranya mahu berumah tangga dan membina keluarga.

Bercerita mengenai persediaan, Remy turut berkongsi dia kini sudah berjinak-jinak dengan bidang perniagaan berkaitan penternakan dan pertanian yang dijalankan di kampung halamannya di Melaka.

Berkongsi mengenai perkembangan lain, kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, buku biografi yang mahu dihasilkan terp4ksa dihent1kan buat sementara proses pembikinannya.

“Ada perkara berlaku dalam hidup saya membuatkan proses menghasilkan buku biografi ini terb4ntut buat seketika. Dalam waktu sama, sepanjang tahun lalu dan tahun ini juga jadual kerja sangat padat sehingga saya tidak terk3jar untuk melakukan perkara lain.

“Soal bila buku ini akan disiapkan dan diedarkan pun saya tidak berani berjanji, tapi apa yang boleh dikongsikan sebenarnya ia sudah 70 peratus siap pembikinannya,” katanya.

“Saya sampai rasa tertek4n kerana terpaksa melakukan semua benda dalam satu masa. Tiada pilihan saya terp4ksa tinggalkan satu perkara, jadi saya memilih untuk berhenti sekejap daripada menghasilkan buku ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*