Doakan Kedua-Dua Mereka Selamat; Masih Tiada Penjelasan ATM,

“NALURI keluarga yakin Moses selamat ketika ini,” kata Anita Sari, 59, ibu kepada anggota tentera, Lans Koperal Moses Logers, 25, yang dilaporkan h1lang ketika menjalankan operas1 di Pulau Perak, Kedah.

Anita mengakui, berita keh1langan anak bongsu daripada lima beradik itu meng3jutkan mereka sekeluarga.

“Saya sangat sed1h, semoga dia dapat ditemui secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

“Sejak itu, saya tidak pernah berhenti berd0a. Saya sangat berharap anak saya akan ditemui dengan selamat.

Moses dari Kampung Senibong, Bau, Sarawak yang juga anggota Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (RRD) dilaporkan h1lang bersama rakannya, Koperal David Edmund Rapi, 29, yang berasal dari Dalat Jumaat lalu.

Sehingga kini, kedua-duanya masih belum ditemui dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Mereka yang masing-masing berketurunan Bidayuh dan Melanau dikatakan dilihat kali terakhir di blok penginapan pulau terbabit 5 petang pada hari kejadian ketika anggota sedang berehat.

Anita berkata, ahli keluarganya juga sudah berhubung dengan pihak ATM bagi mendapatkan perkembangan berkenaan Moses.

GAMBAR kenangan Moses dan bersama Jessie. FOTO Melvin Joni

Sementara itu, teman wanita Moses, Jessie Rowena, 24, memohon agar orang ramai mend0akan keselamatan kekasihnya itu bersama David.

“Saya berharap pihak penyelamat akan menemui Moses dengan segera dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya.

Katanya, kali terakhir mereka berhubung sebelum Moses pergi operasi dan dia dimaklumkan oleh kekasihnya itu bahawa tempat operasi tidak ada talian telekomunikasi.

Pulau Perak adalah pulau batuan granit seluas satu kilometer yang terletak di perairan terhujung barat Semenanjung Malaysia, di perairan Selat Melaka dan juga kawasan perlindungan marin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*