“Kenapa Kita Dah Tak Kaya?” Adik Pernah Tanya, Tapi Dia Tak Tahu Sebenarnya

TERP4KSA membuat pilihan sama ada mahu ke sekolah atau gunakan wang bagi mengalas perut seisi keluarga, begitulah kisah duk4 yang dihadapi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurhanifah Mohd Fadillah yang sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke sekolah.

“Dekat 90 hari dah saya tak pergi sekolah. Cikgu ada minta bapa hantar ke sekolah, tapi dia memang tak mampu sebab kekurangan wang. Tak ada duit untuk beli minyak kereta.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, kehidupan mereka di Kuching, Sarawak bersama bapa, Mohd Fadillah Idris, 45, berubah 360 darjah selepas kemat1an ibunya, Rosnani Suhaili pada tahun 2009.

Nurhanifah belajar sendiri di rumah kerana bapanya tidak mampu untuk menghantar dia ke sekolah.

“Sekarang ni persiapan untuk SPM dah 70 peratus. Saya belajar dari 7.30 pagi sampai 10 malam di rumah, buat jadual sendiri. Rasa sed1hlah sebab tak ada kawan. Hanya kucing dua ekor jadi peneman.

“Saya pun kena pilih, sama ada duit yang ada mahu digunakan beli minyak kereta untuk ke sekolah atau beli makanan untuk keluarga sebab pernah hampir seminggu kami tak makan. Saya fikir pasal adik-adik, jadi saya pilih untuk beli makanan.

“Saya berborak dengan kucing mengenai topik dalam subjek Sejarah untuk lebih senang nak hafal. Kadang-kadang saya tengok muka kucing untuk ingat formula Matematik ,” ujar Nurhanifah sewaktu dihubungi.

Kisah mengenai gadis berusia 17 tahun itu bersama dua adiknya, Nurhazlina, 14 dan Mohammed Haziq, 12, yang mengalami cac4t penglihatan menjadi tul4r di Twitter sejak Sabtu lalu.

Jadual belajar sendiri di rumah yang dibuat oleh calon SPM itu.

Ia dikongsi oleh Asfaridah Umar yang juga Penolong Pegawai Sosio Ekonomi badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Yakin) sehingga menerima lebih 12,000 perkongsian di platform media sosial itu.

“Dulu bapa kerja pelantar minyak, gaji berbelas ribu. Tapi masa tu kami tak cukup kasih sayang. Emak men1nggal pun bapa tahu tiga hari selepas tu. Jadi bapa tak nak perkara ni berulang lagi.

Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Nurhanifah berkata dia turut mewarisi penyakit asma yang menjadi punca kemat1an ibunya, sejak 10 tahun lalu.

Dalam nada h1ba, dia mengakui cukup tabah untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan, biarpun pernah hidup senang suatu ketika dahulu.

Pertemuan Asfaridah Omar, mewakili NGO Yakin dengan keluarga itu baru-baru ini.

Tambah Nurhanifah lagi, mereka menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di Kuching yang turut dikongsi bersama dua lagi keluarga lain.

“Sekarang dia kerja mekanik di rumah, tak boleh kerja jauh sebab nak jaga adik bongsu saya. Dulu masa mula-mula jatuh sus4h, adik pernah tanya ayah kenapa kita dah tak kaya? Masa tu saya seorang je yang faham,” ujarnya dalam nada h1ba.

Keluarga itu turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia masih tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan mereka.

Kisah mengenai empat beranak ini tular di laman Twitter sejak Sabtu lalu.

“Saya memang kagum dengan bapa saya, saya juga bersyukur ada bapa yang tabah. Dia berhasrat nak tengok salah seorang anak kerja kerajaan.

“Jadi saya secara sukarela mahu penuhi impian bapa. Target saya, mahu bantu keluarga melalui pendidikan,” ujarnya lagi.

Nurhanifah turut berkongsi mengenai impiannya untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan apabila menamatkan pembelajaran kelak.

Bagi sesiapa yang mahu memberi bantuan, mereka boleh berhubung dengan Mohd Fadillah di talian 011-56551982.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*