“Kami Pun Cari Makan”- Ini Sebab Sharifah Sakinah Kecewa Dengan Stesen TV

PELAKON Sharifah Sakinah meluahkan rasa kecewa terhadap stesen televisyen yang mengharapkan setiap pelakon membuat promosi drama atau filem secara percuma di laman Instagram masing-masing.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 30, tindakan itu seolah-olah menindas anak seni malah dianggap tidak adil memandangkan ia sebahagian daripada sumber rezeki mereka.

“Instafamous akan menerima bayaran jika mereka keluar TV tetapi apabila seorang pelakon kena buat promo di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma.

“Nampak sangat stesen TV cuba kaut untung dengan membayar pelakon hanya untuk lakonan mereka namun mengharapkan promosi percuma kepada jutaan pengikut tanpa membayar satu sen pun kepada kami,” tulisnya.

“Walhal kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.

Antara kenyataan yang dimuat naik Sakinah.

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini meluahkan rasa kesal itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sakinah turut meminta pandangan pengikutnya adakah dia patut mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di Instagram miliknya itu.

“Nak ikutkan kontrak, saya dibayar hanya untuk khidmat berlakon sahaja. Sosial media saya adalah ‘kerja’ sampingan yang saya jaga selama ini.

“Itu dah boleh dikira start charge tak? Nak tanya sahaja sebab instafamous masuk TV kena bayar bukan percuma. So saya rasa Instagram saya pun bukan percuma,” katanya.

“Jadi apa pendapat anda? Khususnya yang buat kerja di TV dan sosial media. Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi? Rasanya gaji untuk job berlakon sahaja… bukan untuk promo sekali dalam instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*